perwakilan umno: dengar lah tazkirah dari perasuah!


MOHD ALI (kanan) diberi penerangan oleh Datuk Bandar Melaka, Yusof Jantan ketika melawat tapak projek perumahan Taman Rumahku Syurgaku Kampung Tun Razak di Bukit Katil, semalam.


MELAKA: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, meminta penyokongnya memilih pemimpin yang terbaik terutama calon yang menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden pada Perhimpunan Agung Umno hari ini.

Beliau yang juga Ketua Menteri Melaka turut berharap semua ahli parti termasuk penyokongnya hadir ke persidangan itu seperti yang dinyatakannya sebelum ini.

"Saya akan melaksanakan kerja seperti biasa baik untuk parti mahupun kerajaan selain berharap semua ahli dan penyokong menghadiri persidangan seperti biasa, seperti yang saya sebutkan sebelum ini.

"Mereka perlu memilih pemimpin yang difikirkan terbaik kerana semuanya adalah sahabat-sahabat kita.

"Jadi, terpulang kepada penyokong saya untuk membuat pilihan yang mereka fikirkan terbaik kerana semuanya (calon) ber-pengalaman dan memiliki rekod cemerlang menjalankan tugas," katanya ketika ditemui selepas melawat tapak projek perumahan Taman Rumahku Syurgaku Kampung Tun Razak di Bukit Katil, Ayer Keroh, dekat sini, semalam.

Mengulas pujian yang diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kelmarin terhadap sikap dan komitmen yang diberikannya terhadap Umno walaupun dihalang bertanding jawatan Timbalan Presiden, Mohd Ali mengucapkan terima kasih kepada Presiden Umno itu kerana memberikan komen yang baik terhadap dirinya.


kalau jumpa ali, perwakilan tanya la..hang rasuah xpe ke? kahkahkahkah...wang besar..wang besar.. woi pecah rekod la. km melaka dipegang oleh perasuah!

No comments

Powered by Blogger.