polis kawal ketat perhimpunan ?

Kawalan keselamatan di lobi Dewan Merdeka diperketat

KUALA LUMPUR: Kawalan keselamatan di lobi Dewan Merdeka,

Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), tempat berlangsungnya pemilihan Umno hari ini dipertingkatkan berikutan bilangan pemerhati yang ramai.

Petugas media yang membuat liputan tidak dapat mendekati pemimpin parti itu dan komponen Barisan Nasional (BN) untuk mendapatkan reaksi mereka terhadap ucapan dasar Presiden Umno selepas majlis perasmian.

Wartawan tidak dibenarkan berlegar-legar dan menunggu di kawasan

depan pintu masuk dewan seperti tahun sebelum ini untuk menemuramah pemimpin Umno.

Polis turut memasang tali rentang keselamatan di laluan permaidani merah dan pemerhati termasuk petugas media tidak dibenarkan melepasi garisan berkenaan.

Kawalan ketat itu diadakan sejak malam tadi apabila ramai penyokong dan pemerhati menunggu di lobi dewan untuk mengetahui keputusan pemilihan tiga sayap parti iaitu Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno.


kahkahkah...kesian abang polis......hati-hati takut pendekar umno mengamuk...polis pun depa sanggup tumbuk.kahkahkahkahkah..

No comments

Powered by Blogger.