Polis terpaksa suraikan 5,000 sertai perhimpuan haram?
SUNGAI PETANI: Polis terpaksa menggunakan semburan air untuk menyuraikan lebih 5,000 orang yang menyertai perhimpunan haram di hadapan padang awam Taman Ria Jaya, di sini, malam tadi.
Dalam perhimpunan yang bermula kira-kira jam 8 malam itu, polis turut menahan beberapa orang termasuk penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi membantu siasatan.
Pada perhimpunan anjuran PKR itu, penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan memberikan ceramah.
Bagaimanapun, Anwar dilihat beredar dengan sebuah kenderaan selepas keadaan menjadi huru-hara.
Kedegilan mereka untuk bersurai walaupun diarah beberapa kali menyebabkan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa bertindak melepaskan gas pemedih mata beberapa kali.
Beberapa penyokong parti pembangkang itu kemudiannya mula bertindak ganas dan membaling batu ke arah polis.
Mereka akhirnya terpaksa bersurai pada kira-kira jam 1 pagi apabila polis menyembur air dengan menggunakan semburan air.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali, berkata polis tidak mempunyai pilihan dan terpaksa bertindak tegas terhadap kumpulan terbabit.
"Kita tidak boleh membenarkan mereka berhimpun beramai-ramai secara haram atas faktor keselamatan dan lagipun majlis ceramah yang diadakan itu tidak mendapat permit polis," katanya di sini. - Bernama
woi celaka! kamu memang beruk belaan umno! ikut apa yang umno suruh! pirahhhhhh!!!!! wat keja macam ni , siapa nak hormat kamu!

(1).png)

No comments
Post a Comment