Selcat atur pendengaran awam bagi Balkis
(Hrkh) - Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan Kebertanggungjawab dan Ketelusan (Selcat) telah membuat keputusan mengadakan pendengaran awam bagi mendengar penjelasan daripada pihak yang secara langsung dan tidak langsung mengenai urusan Badan Kebajikan Isteri-isteri wakil rakyat Selangor (Balkis).
Iklan
Pengerusinya, Teng Chang Khim berkata, pendengaran awam itu adalah program pertama dalam perundangan di Malaysia sejak merdeka.
Beliau berkata, semua saksi seramai 10 orang yang akan dipanggil untuk memberi penjelasan kepada beberapa perkara berkenaan dengan penajaan oleh anak-anak syarikat kerajaan negeri Selangor kepada Balkis.
Menurut beliau, dalam siasatan atau pendengaran awam Selcat tidak ada pesalah tidak ada tertuduh.
Katanya, yang ada hanya saksi untuk membantu Selcat bagi menyemak dan mengenal pasti sama ada terdapat apa-apa kelonggaran atau kebocoran dalam sistem pentadbiran kerajaan.
Beliau berkata, setelah mendengar penjelasan daripada semua pihak maka satu laporan akan dibentangkan dalam sidang Dun akan datang.
"Terpulang kepada pihak ekeskutif sebab pihak kami adalah jawatankuasa Selcat yang ditubuhkan oleh Dewan untuk memantau pentadbiran kerajaan," tegasnya ketika ditemui di dewan rehat.
Pihak Selcat akan membuat cadangan dan terpulang kepada pihak ekesekutif sama ada menerima cadangan tersebut untuk memperbaiki sistem.
Katanya, melalui pendengaran awam ini orang ramai tahu juga terlibat secara langsung kerana boleh mendengar daripada saksi apa yang berlaku.
"Kita akan mengadakan secara langsung dengan menjemput NGO untuk mengetahui perkara sebenar dan inilah satu pembaruan kepada dewan negeri yang menerap cara pengendalian siasatan," katanya

No comments
Post a Comment