Siapa Ridwan Ibrahim? Dan Apa Masalah Beliau? Haih!
Saya masih lagi tidak faham, akan perkataan ini "Akta Relief Spesifik" dan saya diperkenalkan pula dengan Ridwan Ibrahim. Siapakah Ridwan Ibrahim ini? Ah!, Makin bercelaru akal saya untuk memahami situasi Undang-undang Perak sekarang.
Apa yang saya baca. Dan. Apa yang saya fahami, ialah,
Ridwan Ibrahim ini adalah Pesuruhjaya Kehakiman yang melarang persidangan tidak sah berjalan.
Seperti mana yang dilaporkan di dalam Bernama Online
Quote
"IPOH, 3 Mac (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengeluarkan perintah melarang Speaker Dewan Undang Negeri (DUN) Perak V.Sivakumar daripada mengadakan sebarang sidang DUN yang tidak mengikut undang-undang."
End QuoteBarulah saya mengenali nama Hakim tersebut. Maka terjawablah, persoalan saya, siapa Ridwan Ibrahim yang disebut-sebutkan.
Kenapa nama tersebut disebut-sebutkan hari ini. Sudah pasti ia tidak berkenaan dengan "SAH atau tidak SAH" persidangan dibawah pepohon yang lepas.
Akan tetapi sedikit persoalan apabila tarikh tamat perkhidmatannya telah tamat, mungkin lupa diperbaharui.
Di sini maklumat yang saya ambil daripada bloggers-bloggers
"Ridwan Ibrahim telah tamat tempohnya perkhidmatan sejak 28 Ferbuari yang lalu. Ridwan Ibrahim dikontrakkan selama dua tahun. Mulai 1 Mac 2007 sehingga 28 Febuari 2009."
Eh! saya terfikir. Kenapa Ridwan Ibrahim dipersoalkan. Apa kelebihan isu ini untuk Perak? Sedangkan isu pembelitan undang-undang amat susah untuk dirungkaikan.
Bagi saya. SAH atau tidak Ridwan Ibrahim tidak perlu dipersoalkan. Kerana Ridwan Ibrahim tidak menyatakan bahawa Persidangan DUN di bawah pepohon beringin 3 Mac adalah tidak SAH.
Ahh, saya dah malas untuk membebankan akal saya untuk merungkaikan pembelitan dan kekaburan sebutan undang-undang Perak.
Siapa ada anak pohon beringin?
Saya ingin menanamnya sekarang, mana tahu, dalam tempoh 20 tahun lagi atau selepas saya meninggal dunia. Anak-anak cucu saya dan rakan-rakan yang tertindas oleh orang yang zalim boleh bersidang di bawah pepohon yang telah saya tanam.
Nyanyi sedikit lagu lama
"Pohon Beringin, Pohon Beringin... Tegak Berdiri... " Opsss lupa.
http://peraknews.blogspot.com/2009/03/siapa-ridwan-ibrahim-dan-apa-masalah.html
1 comment
amno dgn sengaja membuat kesilapan injuksi tersebut. mereka tahu apa pun keputusan mahkamah tidak boleh menafikan sebarang keputusan dan tindakan speaker.
sepatutnya amno memfailkan injuksi membatalkan sebarang keputusan yg dibuat oleh persidangan dun pada 3 mac itu.
tetapi persoalannya mengapa amno cuma mahu injuksi menghalang sebarang persidangan dun yg tidak sah atau englisnya unlawful sitting?
realitinya amno cuma mahu keputusan mahkamah tersebut hanya utk dimainkan oleh media haprak mereka supaya amno nampak menang dimata org amno. tidak lebih dari itu.
tambahan pulak injuksi dikeluarkan selepas tamat sidang dun. adakah injuksi itu mempunyai nilai terhadap sidang dun yg telah tamat?
bukankah yg paling masuk akal injuksi membatalkan sebarang keputusan sidang dun tersebut.
sbb itulah teman katakan pencacai2 amno ini mati2 kena tipu dgn pemimpin mereka. dgn sbb itu juga mereka mati2 menghalang sidang dun dari berjalan dgn cara mengunci bangunan suk.
teman tak tahu le sampai bila amno nak bersandiwara dgn pencacai2 mereka muahahahahahaha
Post a Comment