tewasnya orang pak lah dan najib!

Dua menteri, seorang timbalan dan empat menteri besar dan ketua menteri tewas dalam persaingan merebut kerusi Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Dua menteri berkenaan ialah Menteri Pelancongan, Datuk Azalina Othman Said dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Halehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad.

Timbalan menteri yang gagal mendapat tempat ialah Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad.

Manakala empat menteri besar dan ketua menteri yang turut gagal ialah Datuk Abdul Ghani Othman (Johor), Datuk Adnan Yaakob (Pahang), Datuk Seri Md Isa Sabu (Perlis) dan Datuk Seri Mohamad Hassan (Negeri Sembilan)

No comments

Powered by Blogger.