wifi Aptus Net dan Blog Tok Guru
KOTA BAHARU, 26 Mac (Bernama) -- Hanya 100,000 penduduk Kelantan daripada 1.5 juta orang di negeri ini merupakan pengguna Internet yang menunjukkan tahap jurang digital yang serius.
Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata bilangan itu adalah terlalu kecil iaitu hanya 10 peratus sahaja rakyat di negeri ini menggunakan Internet.
"Sekiranya ia berterusan, jurang digital akan bertambah besar menjadikan rakyat Kelantan sebagai rakyat yang tidak mempunyai keseimbangan digital," katanya semasa berucap melancarkan wifi Aptus Net dan Blog Tok Guru di sini hari ini.
Beliau berkata justeru, jurang komunikasi akan bertambah besar di antara pengguna Internet dan bukan pengguna Internet.
Mursyidul Am PAS itu berkata secara tidak langsung, jurang mereka yang berilmu dan tidak berilmu juga akan bertambah.
Nik Abdul Aziz berharap pengguna Internet dapat bertambah termasuk golongan tua, suri rumah, peniaga kecil, imam dan pelajar pondok untuk mendekatkan diri mereka dengan dunia Internet.
"Setiap orang akan menjadi lebih kaya dengan ilmu, data dan maklumat," katanya.
Aptus Net merupakan perkhidmatan Internet jalur lebar hasil kerjasama dengan Infra Quest Sdn Bhd, iaitu anak syarikat kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Infolient Sdn Bhd yang mula beroperasi November tahun lalu.
Melalui pekhidmatan Aptus Net itu pengguna dapat mengakses Internet di dalam bandar Kota Baharu melalui sistem Wi-Fi dengan kelajuan 1 megabite per saat.
Terdahulu semasa bercakap kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan penghulu di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) beliau menyambut baik ucapan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggunakan konsep Islam.
Katanya beliau tertarik dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri itu yang menyebut soal sifat mahmudah dan mazmumah yang didakwa sebelum ini sering disebut-sebut oleh PAS.
"Adalah baik, sekiranya Umno juga mengamalkan kata-kata itu supaya menjadi pegangan mereka dan jangan hanya menciplak atau meniru-buru saja," tambah beliau.
-- BERNAMA

No comments
Post a Comment