Wujud syarat tempoh maksimum pegang jawatan: Abdullah

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata masanya sudah sampai agar Umno meletakkan syarat setiap jawatan dalam parti mempunyai tempoh maksimum perkhidmatan.

Beliau berkata, Umno juga wajar memberikan hak memilih ketua, terutama bagi jawatan utama dalam perti dibuka kepada semua ahli untuk mengatasi kemelut politik wang.

"Mungkin tiba masanya untuk parti diperkukuhkan dengan memperkenalkan peraturan dan tata cara yang boleh parti ditadbir urus dengan lebih berdisiplin dan terkawal.

"Mungkin parti memerlukan makanisme yang lebih memberikan kesaksamaan kepada ahli dan menggugurkan amalan yang tidak memberi keadilan kepada majoriti ahli," katanya dalam ucapan dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung Umno 2008, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, pagi ini.


woit syarat apanya ni....najib tak naik pun lagi..kahkahkahkahkahkah...bagi la najib pegang 15tahun..kahkahkah..jangan la lejos pak lah! kahkahkahkah..... najib buat2 tak faham!

No comments

Powered by Blogger.