annuar musa pening kepala!
Oleh SAYED HESHAM IDRIS
KUALA LUMPUR 8 April - ''Penyokong merusuh bukan kerana Kelantan kalah tetapi kerana tidak berpuas hati terhadap insiden tertentu di luar stadium."
Itu penjelasan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa mengenai kejadian penyokong penyokong pasukan tuan rumah merusuh selepas perlawanan separuh akhir Piala FA di antara Kelantan dan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu, kelmarin.
Pada masa yang sama, Annuar turut mengumumkan KAFA menggantung serta-merta penjaga gol Mohd. Halim Napi kerana menyerang pemain Negeri Sembilan, Aidil Zafuan Abd. Razak.
Menurut Annuar, rusuhan penyokong yang melibatkan perbuatan membakar kereta dan memecahkan cermin kenderaan tiada kaitan dengan keputusan perlawanan.
''Penyokong kecewa dengan kekalahan ini tetapi segala-galanya terkawal di dalam stadium. Malahan, perlawanan kelmarin adalah yang paling aman, pengadil bertugas dengan baik, kawalan keselamatan juga begitu baik.
''Ketika lebih 20,000 penonton keluar stadium, tiada apa-apa yang berlaku sehinggalah tercetus insiden tertentu di luar stadium yang menyebabkan penyokong tidak berpuas hati lalu merusuh.
''Apa yang saya perhatikan penyokong dapat menerima kekalahan 0-1 kepada Negeri Sembilan. Kita bukan tidak pernah kalah sebelum ini tetapi tidak berlaku kekecohan seperti ini.
Annuar juga kesal dengan kejadian itu setelah pelbagai usaha dilakukan untuk mencegahnya.
''Kita sudah melakukan yang terbaik terutama dari aspek kawalan keselamatan tetapi ia tetap berlaku,'' katanya.
Annuar juga menafikan dia terperangkap di dalam stadium akibat kekecohan tersebut sebaliknya menjelaskan dia berada di stadium untuk membantu mententeramkan keadaan.
''Takkan saya meninggalkan stadium sedangkan keadaan ketika itu berlaku kekecohan,'' katanya.
Mengenai tindakan ke atas Mohd. Halim, Annuar berkata, KAFA tidak boleh bertolak ansur terhadap tindakan Mohd. Halim di atas padang walaupun menyedari risiko kehilangan penjaga gol utama itu.
''KAFA mendahului Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menghukum pemain kami dengan mengetepikan sementara Mohd. Halim Napi ekoran tindakan yang dilakukannya ke atas penyerang Negeri Sembilan.
''Ia satu tindakan yang tidak wajar kerana ia berlaku di depan penyokong, ia mencemarkan imej skuad ini.
''Kami mengenakan tindakan ini atas alasan disiplin. Kami sama sekali tidak bertolak ansur terhadap masalah disiplin.
''Keputusan ini memang ada risikonya kerana Kelantan tiada lagi penjaga gol yang boleh diharapkan.
''Namun, tindakan ini membuktikan kita menghukum pemain yang bersalah.
''Kami memang sayangkan Mohd. Halim tetapi dia telah melakukan kesalahan. Kami lakukan semua ini semata-mata atas dasar kesukanan,'' katanya.

No comments
Post a Comment