Kekalahan menjadi pemangkin?
KOTA KINABALU 8 April - Kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil di Bukit Selambau, Kedah dan Bukit Gantang, Perak, semalam akan menjadi pemangkin utama kebangkitan semula BN.
Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata, semua kelemahan dan kekurangan akan dikaji secara terperinci agar punca sebenar kekalahan dapat diperbaiki.
"Kita percaya BN di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak akan bekerja dengan lebih gigih lagi dan bertindak segera membaiki kelemahan agar kepercayaan rakyat terhadap BN dapat dikembalikan.
"Dalam pada itu, kita menerima serta menghormati keputusan para pengundi di Bukit Gantang dan Bukit Selambau," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Musa yang juga Ketua Menteri Sabah berkata, kegagalan tersebut langsung tidak melemahkan BN, sebaliknya menguatkan semula semangat untuk menebus kembali kerusi di kawasan berkenaan.
Mengenai kemenangan BN di Batang Air, Sarawak, beliau berkata, kejayaan mengekalkan kerusi tersebut menunjukkan BN semakin kukuh di Malaysia Timur.
"Peningkatan majoriti undi jelas menunjukkan sokongan rakyat khususnya pengundi Batang Air terhadap BN semakin kukuh. Ini membuktikan rakyat Sarawak menolak Parti Keadilan Rakyat (PKR)," katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh berkata, kemenangan di Batang Air memberikan isyarat jelas bahawa BN perlu memberi perhatian yang lebih kepada Sabah dan Sarawak.
"Jika kita tidak menghargai sumbangan mereka dengan mengambil kira keperluan dua negeri ini, tidak mustahil BN di Sabah dan Sarawak akan menerima nasib yang sama seperti di Semenanjung," katanya.
Ghapur berharap, Najib selaku Perdana Menteri yang baru, wajar memberi lebih keutamaan kepada Sabah dan Sarawak terutama dalam program-program pembangunan.
kahkahkahkahkah!!!!!

No comments
Post a Comment