apa sebab kena gantung? sapa yang suruh bunuh?

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini telah mendapati Koperal Sirul Azhar Umar dan Cif Inspektor Azilah Hadri bersalah membunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibu dua tahun lepas.

Kedua mereka dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Hakim Mohd Zakir Md Yassin yang menghakimi perbicaraan itu mendapati kedua-dua mereka gagal membuktikan sebarang keraguan kes dakwaan tersebut sebaliknya saling menyalahi antara satu sama lain.

Kedua mereka dituduh membunuh Altantuya dua tahun lepas. Seorang lagi yang dituduh bersubahat membunuh Altantuya, Abdul Razak Baginda penganalisa politik antarabangsa yang juga kawan Mohd Najib Razak dilepas dan dibebaskan. Pihak pendakwa juga tidak membuat rayuan atas pembebasan Razak itu.

Hukuman mati ke atas pembunuh Altantuya itu dijatuhi selepas tujuh hari Najib Razak menjadi perdana menteri baru Malaysia.

No comments

Powered by Blogger.