sebab apa sampai depa bunuh altantuya? hebat sangat ke pengarahnya?


Bloomberg 9/4/09 (Sila klik untuk besarkan)

Lalu Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar pun dihukum bunuh setelah tamat perbicaraan pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Utusan Malaysia melaporkan mereka dihukum bunuh kerana pihak pembela mereka gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Ketika Datuk Seri Najib Tun Razak kini sedang berkira-kira untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara jam 11 pagi ini untuk mendapat perkenan baginda terhadap senarai kabinetnya yang dijangka akan diumumkan jam 3 petang nanti, saya ingin menimbulkan keraguan tidak munasabah.

Pertama sekali, apa kes Azilah dan Sirul hendak membunuh Altantuya? Adakah mereka pernah mengenali broker dari Mongolia itu? Adakah Altantuya pernah terlibat dalam perniagaan senjata dengan mereka dan kemudian menjerit-jerit di hadapan rumah mereka meminta komisyen? Adakah salah seorang dari mereka pernah terlibat dalam adegan asmara dengan Altantuya termasuk menujah dari belakang (anal penetration)?

Adakah salah seorang dari mereka pernah bergambar dengan Altantuya di Hong Kong selepas wanita itu pulang dari Perancis? (Altantuya ada pejabat di Hong Kong. Harga pejabat di Hong Kong bukan macam harga rumah buruk bakaq a.k.a. ~penarik beca). Apa hubungan mereka dengan Altantuya sebelum mereka dituduh membunuhnya?

Takkan duduk saja-saja tak dak kerja apa nak buat tiba-tiba depa berpakat "mari kita bunuh Altantuya". Dengan imaginasi yang lebih liar, katakan sungguh depa duduk tak duduk tiba-tiba rasa nak bunuh Altantuya, macam mana pula depa kenal Altantuya? Adakah sebelum itu depa kenal Altantuya?

Bunuh satu hal. Mungkin dengan pisau menyiang sayur pun depa boleh bunuh Altantuya. Tetapi bagaimana pula mereka boleh mendapatkan bahan letupan C4 untuk meletupkan mayat Altantuya? Jangan lupa, depa tak letupkan mayat Altantuya dengan mercun katak, tetapi dengan C4 yang sangat eksklusif itu.

Bagaimana prosedur mendapat C4 dalam simpanan tentera? Adakah semua orang termasuk Mat Guni, Mat Bukit, Man Sirih dan bakaq a.k.a. ~penarik beca boleh mengambil C4 dengan mudah tanpa mendapatkan persetujuan dan kelulusan menteri? Kalau benar mesti mendapatkan kelulusan menteri terlebih dahulu, siapa Menteri Pertahanan ketika itu? Husin Lempoyang?

Mengapa pula Malaysiakini melaporkan seperti berikut:
Tertuduh kedua kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam bahawa dia adalah sekadar "kambing hitam yang harus dikorbankan" untuk melindungi rancangan dan niat mereka yang tidak berada dalam mahkamah ini untuk menghadapi pertuduhan.

"Saya tidak mempunyai sebarang sebab untuk mencederakan apatah lagi mengambil nyawa mangsa dengan begitu kejam," kata Koperal Sirul Azhar Umar dengan nada suara yang sebak ketika memberi keterangan membela diri.

Sirul, 37, dari Unit Tindakan Khas Bukit Aman, turut menyentap perasaan mereka yang berada dalam mahkamah dengan merayu agar tidak dijatuhkan hukuman mati, lapor Bernama

"Saya merayu kepada mahkamah yang kini berada di dalam kedudukan dan mempunyai kuasa untuk menentukan hidup dan mati saya, agar tidak menghukum saya sekaligus menyempurnakan perencanaan mereka terhadap saya," katanya sambil dilihat mengesat linangan air mata.
Dan, mengapa pula Abdul Razak Baginda lebih bernasib baik dari A Kugan apabila Najib yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri menghantar SMS berikut kepada peguamnya ketika itu, Datuk Shafie Abdullah:
"Pls do not say anything to the press today. i will explain later. RB will have to face a tentative charge but all is not lost".
Apa sebab all is not lost? Keadilan yang bagaimana itu? Bolehkah Kugan mendapatkan "keadilan" seperti itu? Bolehkah kita mendapatkan "keadilan" seperti itu?

Anda ada lagi soalan dan keraguan yang tidak munasabah?

No comments

Powered by Blogger.