berani cakap..tak berani tanggung!

Perdana Menteri mengelak mengulas laporan Utusan Malaysia kelmarin yang menyeru orang Melayu "bangkit dan bersatu dalam berhadapan dengan tuntutan kaum lain yang kini dilihat semakin keterlaluan".

utusan bangkitlahh melayu front page 150409Datuk Seri Najib Razak berkata, sama ada berita utama itu bertentangan dengan konsep "Satu Malaysia" yang dipromosi olehnya, ia terserah kepada penilaian seseorang.

"Itu terpulang kepada tafsiran masing-masing. Tetapi bagi saya... Saya bukan bercakap daripada segi (laporan) Utusan, ya?

"Secara umumnya, saya tidak mahu sikap yang keterlaluan dalam negara kita.

"Tidak kiralah (sikap) keterlaluan itu daripada mana-mana pihak (pun). Kita mesti bersikap sederhana. Islam merupakan agama yang menggalakkan pemikiran dan amalan sederhana.

"Kita tidak boleh bersifat perkauman. Kita tidak boleh berfikir secara keterlaluan," katanya selepas merasmikan perhimpunan tahunan dewan perniagaan Cina terbesar ACCCIN di Klang, Selangor.

Dengan tajuk 'Bangkitlah Melayu', akhbar itu memetik beberapa sumber dengan seruan:

"Mereka juga perlu sedar dan insaf dengan situasi politik semasa yang menyaksikan pelbagai tuntutan hingga boleh menjejaskan kekuatan politik orang Melayu.

"Sehubungan itu, orang Melayu diminta tidak tunduk kepada tuntutan keterlaluan tersebut sebalik bangkit bersatu bagi mempertahankan hak dan kepentingan mereka."


[Laporan penuh menyusul]

No comments

Powered by Blogger.