Dua darjat dua persepsi
Persepsi 1
Sultan tidak peduli majoriti pengundi
PR telah memenangi 31 daripada 59 DUN Perak yang dipertandingkan dalam PRU 12 pada 8 Mac 2008. MB Nizar telah dilantik sebagai MB Perak. MB Nizar di sepanjang menjawat jawatannya telah berusaha merealisasikan manifesto PR kepada rakyat dan negeri selagi manifesto itu tidak bercanggah dengan perlembagaan negeri dan negara. Namun 11 bulan selepas itu Sultan Perak telah menitahkan MB Nizar meletakkan jawatan. UMNO telah berjaya dalam helahnya merampas kuasa di Perak. Misteri kehilangan ‘tiga ADUN PR dalam kegembiraan PR menerima ADUN Bota’ telah memenangkan UMNO. UMNO telah berjaya mempermainkan majoriti pengundi yang tidak mahukan BN memerintah Perak. Tetapi sultan tetap percayakan UMNO.
Sultan terus menerima tiga ADUN PR yang berpaling tadah menyokong UMNO. Sultan tidak mengherdik apatah lagi menitahkan mereka agar menyerahkan kembali mandat kepada pengundi mereka. Sultan tergesa-gesa melantik MB DPulau sebagai MB baru. Rakyat pula berhimpun mengadap di luar pagar istana memohon supaya ditangguhkan dahulu majlis berkenaan. Ada di antara rakyat yang telah didakwa kerana ‘mengadap’ sedemikian rupa.
Hari ini 19 April 2009, sultan menganugerahkan darjah kebesaran Dato’ Seri kepada MB DPulau dan gelaran Dato’ kepada exco-exco baru. Memang sultan sayangkan UMNO lebih daripada sultan sayangkan rakyat. Baru dua bulan mereka memegang jawatan tanpa kerja, telahpun dianugerahkan gelaran Dato’. Sedangkan pada tahun sebelumnya, hanya dua pemimpin PR sahaja yang menerima anugerah istana.
Rakyat Perak terkejut dan kecewa. Namun begitu, mereka yang mengundi PR tetap sayangkan sultannya walaupun sultan tidak menunjukkan kasihnya kepada mereka. Setiap minggu mereka berdoa ke hadrat Illahi agar sultan sentiasa di dalam peliharaan Allah.
Persepsi 2
Sultan balas dendam
Tindakan PM Madey menghapuskan imuniti raja-raja Melayu amat menghina istana. Lebih dua pertiga AP telah menyokong dan meluluskan usul PM Madey ini di Sidang Dewan Parlimen. Sultan-sultan Melayu begitu berdendam dengan UMNO. Sultan Perak yang paling sedih dan pedih kerana penghapusan kekebalan istana ini diluluskan beberapa tahun setelah ucapan baginda di Majlis Penganugerahan Ijazah Doktor Kehormat Undang-Undang, USM ;
“Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga takhta, namun tiada satupun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satupun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka berlakulah perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya”, Sultan Azlan Shah, USM Pulau Pinang, 29 Jun 1980
Nah, sultan sememangnya sedar dan faham bahawa rakyatlah yang berkuasa menentukan hidup matinya institusi istana. Sultan mahu bersama membantu PR menambahkan derita UMNO. Pada waktu yang sama juga, sultan memberikan ruang dan waktu yang secukupnya untuk PR menyusun dan mengukuhkan saf-saf kepimpinan dalam PR. Sultan ikutkan segala kehendak UMNO supaya UMNO akan terus lalai dan semakin dibenci oleh rakyat. Tiada guna bubarkan DUN Perak jikalau UMNO masih bertenaga untuk memenanginya. Atau PR hanya mampu menang tipis sahaja ke atas UMNO. Bukankah lebih manis dan selesa jikalau PR berjaya memenangi negara dan negeri dalam PRU 13? Selagi UMNO menguasai negara, PR akan bermasalah di negerinya. Lihat sahaja gangguan UMNO di Kelantan. Adakah pimpinan PR Perak sekental Kelantan?
UMNO mahu kuasa di Perak, sultan mudahkan laluan. UMNO mahu DUN bersidang, sultan perkenankan seperti yang diberitahu oleh Abdullah Antong Sabri. UMNO mahu anugerah, sultan perkenankan. Manakala apa yang PR mahu, sultan diam dan senyapkan. Sultan tidak perkenan bubar DUN dan tidak perkenan menerima mengadap MB Nizar. Tetapi sultan tetap menjemput MB Nizar dan semua ADUN PR menghadiri jamuan di istananya. Kemudian sultan mengungkapkan titah bahawa kekuasaan sultan mesti berada di atas politik. Secara rasminya, siapa yang meletakkan sultan di bawah politik? Bukankah UMNO? Bermakna titah ucapan Sultan Perak ditujukan khas untuk UMNO. Sultan sedang membalas dendam kepada UMNO. Seumpama ‘pukul anak sindir menantu’ …
Dirgahayu tuanku
Sempena sambutan ulang tahun ke 81 hari ini, semoga Tuanku akan sentiasa diberi taufik, hidayah dan inayah oleh Allah swt. Semoga juga diulang tahun ke-81 ini, Allah swt membuka pintu hidayah kepada Tuanku untuk memperkenan supaya DUN Perak dibubarkan. Patik-patik seluruh rakyat Perak memohon perkenan Tuanku agar keadilan dikembalikan kepada rakyat. Rakyat hakim yang paling adil dalam menentukan siapa yang memerintah negeri Perak. Rakyat Perak mohon Tuanku bubarkan DUN Perak. Pilihanraya jalan yang paling selamat dan adil.
Daulat Tuanku
YB Haji Mohd. Anuar bin Sudin,
ADUN Changkat Jong
19 April 2009

No comments
Post a Comment