Ahli Umno akan cabar keputusan pemilihan Umno 2009 dengan perintah mahkamah

KUALA LUMPUR, 18 April (SK) : DUA ahli Umno, Kadar Shah Sulaiman dan Mazlan Harun akan mencabar keputusan pemilihan Umno yang diadakan bulan lalu dengan tindakan untuk mengambil perintah mahkamah memaksa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS)
untuk mengambil tindakan minggu depan.

“Saya dan Mazlan akan mengambil perintah mahkamah minggu depan untuk memaksa ROS untuk bertindak ke atas laporan saya terdahulu,” kata Kadar.

“Kita akan tengok bagaimana nanti kesudahannya,” kata beliau lagi.

Ekoran dari aduan yang dikemukakan dua ahli Umno itu pada ROS 24 Mac lalu berhubung isu politik wang dan kehadiran perwakilan berstatus bankrap yang masih dibenarkan bertanding di dalam pemilihan tersebut untuk diambil tindakan terhadap Umno.

Kadar Shah berkata bahawa beliau telah memberi tempoh 30 hari kepada ROS untuk mengambil tindakan berhubung aduannya tetapi setakat ini agensi tersebut seolah-olah tidak mengendahkannya.

“Saya sudah beri masa yang cukup kepada ROS iaitu 30 hari. Semua dokumen dan bukti telah saya kemukakan kepada ROS dalam laporan saya kepada mereka sebulan yang lalu tetapi sehingga kini sunyi sepi,” jelas Kadar.

Sekiranya mahkamah memerintah ROS supaya bertindak berdasarkan laporan Kadar Shah, berkemungkinan semua keputusan pemilihan Umno Mac lalu dan persidangan parti boleh dipertikaian dan terbatal jika terdapat bukti dan asas yang kukuh.

Kami tidak mahu Umno mengamalkan dua peraturan yang berbeza hanya kerana ia parti pemerintah,” kata Kadar Shah merujuk sambil kepada tindakan Lembaga Disiplin Umno terhadap kes rasuah dan politik wang yang dianggap pilih kasih dan pendakwaan selektif.

Beliau dan Mazlan membuat kejutan tahun lepas apabila membuat dua laporan kepada ketika itu Badan Pencegah Rasuah berkaitan pelan peralihan kuasa di antara Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Najib Razak.

Kesemua laporan dan aduan berhubung salah laku dalam Umno oleh ahlinya sendiri tidak diberi perhatian malah pihak parti langsung tidak mahu mengulasnya seperi juga kes kemelut di Terengganu baru-baru ini.

Kes-kes seperti ini, Umno akan menyapunya dibawah karpet.

No comments

Powered by Blogger.