HISHAMMUDDIN: TPM II Untuk MCA Tiada Dalam Sejarah
Terpanggil saya untuk menyatakan rasa simpati yang amat sangat kepada Parti M.C.A. Permohonan Parti tersebut supaya diberi Jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Presiden M.C.A. tidak mendapat layanan. Malah hari ini seperti yang dilapurkan dalam Berita Minggu Datuk Seri Hisammuddin Tun Hussein iaitu seorang dari Naib Presiden UMNO yang baru dengan tegas mengatakan bahawa perkara tersebut tidak pernah ujud dalam sejarah. Dan lagi katanya ianya tidak pernah di- bangkitkan oleh pemimpin tertinggi mereka sama ada dalam Kabinet, mesyuarat pengurusan BN ataupun didalam mesyuarat dewan tertinggi BN.
Kenyataan beliau ini turut mendapat respond dari seorang lagi pemimpin UMNO dengan menambah tuntutan tersebut tidak kena pada masa dan ketikanya, tambahan pula keadaan MCA yang lemah.
Adalah dipercayai bahawa kenyataan pemimpin-pemimpin UMNO ini adalah semata-mata mahu mendapatkan sokongan pengundi melayu dalam Pilihanraya Kecil ini saja dan sekiranya pihak MCA pun akur dengan kenyataan tersebut maka UMNO telah berjaya mencederakan dua ekor burung dengan seketul batu sahaja.
Dalam apa-apa keadaanpun tepat sekali yang melayu memang mudah lupa. Sepanjang yang saya ingat pihak MCA ada mengemukakan tuntutan jawatan TPM II dan Timbalan Pengerusi BN beserta dengan lain-lain tuntutan pada setiap kali menjelang pilihanraya umum. Bagi yang menuduh MCA sahaja yang lemah amatlah tidak patut. Kalau menangpun kita boleh istihar sebagai kemenangan bersama mengapa bila tidak berjaya mengekalkan 2/3 komponen-komponen lain saja yang disalahkan.
Bagi mereka-mereka yang masih tercari-cari apa itu politik. “ This is politics “
http://ahmadzawawi.wordpress.com/
No comments
Post a Comment