UMNO pulau calon bukit selambau? terpaksa buat penafian?
Umno menolak tanggapan umum bahawa parti itu tidak mengambil berat soal kempen dan hanya membiarkan rakan komponen BN - MIC - meneruskan kempen dalam pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau.
Bekas ketua Pemuda Umno bahagian Merbok, Abd Karim Ali berkata tidak timbul isu pemimpin Umno tidak turun untuk berkempen dalam pilihanraya kecil tersebut.
Sebaliknya, kata Abd Karim, Umno dan BN lebih menumpukan kepada gerak kerja yang dilakukan oleh jentera BN untuk memenangi hati pengundi.
Ketika ditemui Malaysiakini di Sungai Petani, beliau memberi contoh kehadiran Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang melawat pengundi di Kampung Kuala Sin beberapa hari lalu.
"Banyak ibu bapa hadir. Keberkesanan program pendidikan dan bantuan pendidikan yang dibuat, sampai ke akar umbi. Tak timbul isu pemimpin Umno tak datang (berkempen).
"Dua hari yang terakhir ini, (tumpuan) jentera kita bergerak dengan lebih agresif dengan berjumpa dengan semua pengundi," katanya yang baru menghadiri kempen bersama Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed.
Abd Karim juga menggesa calon BN, Datuk S. Ganesan berjumpa dengan pengundi yang belum ditemui dalam masa yang berbaki dua hari lagi sebelum hari pengundian.
Kempen rumah ke rumah
Menurutnya, dalam tempoh dua hari ini, pembangkang juga akan bergerak agresif untuk berkempen dari rumah ke rumah.
Bagaimanapun, Abd Karim berkata keyakinan pengundi untuk mengundi semula BN semakin jelas ekoran kepimpinan baru Umno dan BN yang diterajui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kemasukan semula Tun Dr Mahathir ke dalam Umno.
"Kemasukan Tun (Dr Mahathir) memberi banyak momentum kepada BN. Saya lihat kehendak dan keyakinan pengundi kepada BN sudah kembali.
"Ia memberi impak yang besar kepada BN, dengan kemasukan Tun (Dr Mahathir) kepada Umno.
"Umno jadi kuat balik. Pengundi atas pagar akan sokong BN sebab ada asas yang kukuh, iaitu kemasukan Tun (Dr Mahathir) ke dalam Umno," katanya.
Mengulas mengenai sokongan pengundi Cina kepada BN, Abd Karim menyifatkan pengundi Cina di Bukit Selambau dilihat "senyap dan tidak jelas" pendirian mereka.
"Ada dua kemungkinan, sama ada mengundi PKR sebagai protes (kepada BN) atau mengundi BN," katanya.
Yakin 60% sokong BN
Kekalahan BN di Bukit Selambau dalam pilihanraya umum 8 Mac tahun lalu, adalah kerana pengundi Melayu, Cina dan India tidak bersetuju dengan kepimpinan mantan perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, katanya.
Bagaimanapun, katanya, beliau yakin mereka akan kembali menyokong BN dan yakin 60 peratus pengundi berpihak kepada calon BN.
Mengenai kemasukan Naib Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk V Nagarajan dan 6,000 ahlinya dari lapan di Kedah, ke dalam PKR, Abdul Karim berkata, ia lebih kepada gimik PKR yang dilihat terdesak dan bertujuan untuk mengubah pemikiran rakyat.
"Ia tak beri kesan apa-apa (kepada BN)," katanya.
Katanya, begitu juga dengan kemasukan Ketua Umno Cawangan Kampung Jerai, Marzuki Md Akib dan 51 pengikutnya ke dalam PKR malam tadi.
Abd Karim mendakwa, pengikut Marzuki itu bukan terdiri daripada ahli Umno dari cawangan tersebut.
takda kesan? kahkahkakaha...tak nak mengaku? kahkahkahkah.................... BN dah nak kalah....terus berjuang wahai pejuang PR!

1 comment
1. Tidak memberi kesan sebab mengunakan jenama BN.Kesan cuci akan bertambah putih kalau di campur dgn klorin jenama PR.tak percaya cuba lah.
2. Tak payah nafi2 mengaku jer lah.bab pulau-pulau jangan main.mayka pernah serah pulau..pulau apa?...pulau apa?..pulau apa?
keh..keh...keh...
Post a Comment