Hukum wakil rakyat letak jawatan tanpa sebab munasabah: Mukhriz

KOTA BHARU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dicadang mengenakan hukuman terhadap wakil rakyat yang meletak jawatan sesuka hati tanpa alasan yang kukuh.
Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata perbuatan meletak jawatan di kalangan Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang dengan sewenang-wenangnya, kini seolah-olah menjadi 'trend' bagi memastikan parti mereka sentiasa mendapat perhatian.
Perbuatan itu, katanya, merugikan rakyat dan negara kerana pilihan raya kecil memerlukan perbelanjaan besar setiap kali diadakan, selain mewujudkan suasana tidak selesa dalam kalangan penyokong parti yang bertanding.
"Kita ingat dulu di Permatang Pauh, (Presiden Parti Keadilan Rakyat), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan begitu mudah walaupun sihat, menyerahkan jawatan kepada suaminya (Datuk Seri Anwar Ibrahim), maka berlakunya pilihan raya kecil di situ.
"Apa (hukuman) yang dianggap wajar, terpulanglah kepada SPR. " katanya yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, kepada pemberita selepas merasmikan satu bengkel usahawan wanita di sini, hari ini.
Mengenai kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang kawasan Penanti yang dikosongkan Mohammad Fairus Khairuddin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mukhriz berkata, beliau setuju dengan bapanya, Tun Dr Mahathir, supaya Barisan Nasional (BN) bertanding dalam pilihan raya kecil di situ walaupun BN sedang memikirkan untuk tidak meletakkan calon kerana membantah tindakan penyandang kerusi itu melepaskannya tanpa alasan yang kukuh.
"Mungkin ada baiknya kita bertanding di situ. Tapi saya rasa geram jugalah, geram kerana mereka (pembangkang) seolah-olah setiap bulan nak ada pilihan raya kecil," katanya. - Bernama

No comments
Post a Comment