Shahanim lepas jawatan Ketua Puteri Umno Kedah

Shahanim lepas jawatan Ketua Puteri Umno Kedah


SUNGAI PETANI: Naib Ketua Pergerakan Puteri Umno, Shahanim Mohd Yusoff, akan melepaskan jawatannya sebagai Ketua Puteri Umno Kedah yang disandangnya sejak 2006 bagi menumpukan perkhidmatan di peringkat pusat.

Beliau berkata, Ketua Puteri Kedah yang baru akan diumumkan oleh Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, tidak lama lagi.

"Saya harap penganti saya akan mampu meneruskan tanggungjawab terhadap Puteri Umno Kedah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.



Shahanim yang juga Ketua Puteri Bahagian Sungai Petani dipilih sebagai Naib Ketua Puteri Umno pada Persidangan Perwakilan Umno 2009 yang baru lalu. - Bernama


pegang jawatan pun tak boleh wat apa2 gak...makan besar lagi baik kan puteri? kahkahjkahkah..

No comments

Powered by Blogger.