Dr M sedia ketuai jentera kempen Umno

Dr M sedia ketuai jentera kempen Umno
Malaysiakini semalam melaporkan bahawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohammad berkata beliau bersedia mengetuai jentera kempen Umno untuk pilihanraya kecil kawasan dewan undangan negeri Penanti yang akan datang.

Walaupun ianya berita yang mengejutkan, kami mengalu-alukan kedatangan beliau dengan hati yang terbuka. Kita biarlah beliau datang dan masuk ke kawasan Penanti untuk melihat sendiri bertapa “sayangnya” rakyat terhadapnya.

Langkah Dr Mahathir tersebut adalah merupakan dendam beliau yang berterusan terhadap Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini telah menjadi Ketua Pembangkang Parlimen. Dr Mahathir dilaporkan semakin mendendami Anwar ekoran kembalinya beliau ke parlimen setelah memenangi pilihanraya kecil di kawasan parlimen Permatang Pauh.

Laporan awal juga menyebut Dr Mahathir kini kian memberikan tekanan terhadap presiden Umno dan perdana menteri Datuk Najib Razak agar membenarkan Umno untuk terus bertanding di kerusi dewan undangan negeri kawasan Penanti, ekoran daripada kenyataan awal Najib yang mengatakan Umno mungkin tidak akan bertanding atas sebab kekurangan dana dalam parti dan kerajaan untuk menguruskan kempen dan pilihanraya tersebut.

Setelah mendengar kenyataan Najib, puak yang diketuai oleh Mahathir mula berasa tidak puashati kerana langkah tidak bertanding itu akan member manfaat kepada Anwar yang popularitinya semakin meningkat ekoran daripada beberapa siri kemenangan dalam pilihanraya kecil yang lalu.

Persoalannya, adakah Najib akan tunduk kepada tekanan Mahathir dan bertanding di kawasan tersebut dan sekiranya ini berlaku, dapatkah Najib menerima kenyataan bahawa bayangan Mahathir akan terus menguasai pentadbirannya dari belakang atau lebih baik disebut boneka Mahathir.

Kita tengoklah apakah tindakan Najib yang seterusnya.



kahkahkahkah....jib..bagi kat mahathir la ketua...baru bez....kahkahkahkahkah........ramai orang sokong mahathir jadi calon...kahkahkah... satu malaysia....satu malaysia....najib yang punya..!

No comments

Powered by Blogger.