Terengganu: Ramai Yang Berhormat “tunjuk pandai” !!!

Umno hari ini benar-benar dilanda masalah. Masalah timbul kerana ada segelintir pemimpin mereka yang kerjanya ialah mengeluarkan kenyataan media bagi mengambarkan Umno Negeri Terengganu dan kepimpinan Datuk Ahmad Said sedang dilanda krisis.

Sepatutnya kerja beliau sebagai ADUN dan pemimpin Umno ialah menarik ADUN pembangkang supaya menyertai Umno (BN) bagi tujuan memperkuatkan parti dan kerajaan dan bukan menarik ADUN Umno (BN) supaya berpuak-puak dengan tujuan menentang perlantikan Sultan Terengganu terhadap Datuk Ahmad Said.

Dalam era Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, mungkin tenaga ADUN seperti ini sudah tidak diperlukan lagi. Dia tidak mempunyai kemampuan untuk menarik ahli Pas supaya menyertai Umno. ADUN ini juga tidak mempunyai kemampuan menarik penyokong PKR untuk masuk Umno supaya Umno Terengganu semakin kuat.

Kalau ADUN ini mempunyai kelulusan undang-undang sekalipun gunakanlah untuk majukan negeri bukannya digunakan untuk memalukan Umno Negeri Terengganu yang dipimpin Datuk Ahmad Said. Hari ini Pas dan PKR (DAP tidak begitu ketara kewujudannya di Terengganu) tersenyum girang melihat gelagat “Yang Berhormat tunjuk pandai” ini. Mungkin sebelum ini mereka membuat kacau dan onar secara diam-diam. Tetapi kini, mereka sudah melakukannya secara terang-terang.

Diubahsuai dan dipetik dari KPMU.Net yang ditulis oleh Wan Yusof Hj.Wan Ngah

No comments

Powered by Blogger.