Mahathir nasihat Najib bersihkan nama


DEMONISATION - chedet.co.cc

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya membersihkan namanya di mata rakyat Malaysia berhubung gerakan bersepadu media barat memburukkan imejnya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Dalam blognya, Dr Mahathir menulis bahawa Najib perlu menerima hakikat yang serangan media asing terhadap peribadinya akan berterusan dan mengingatkan beliau perkara yang penting ialah ”apakah pandangan rakyat” Malaysia terhadap kempen itu.

Beliau berkata, agak sukar baginya menerima hakikat bahawa kegiatan media barat untuk memburukkan-burukkan Najib itu satu kebetulan kerana ia dilakukan secara beramai-ramai dan serentak.

2 comments

Pak Lubis said...

Bersiahkan nama dimata dunia bukan hanya dimata rakyat malaysia sahaja

web admin said...

SAYA SOKONG ANDA PAK LUBIS.... NAJIB DAH KOTTOR DI MATA RAKYAT!

Powered by Blogger.