mat said 1- idris jusoh 0.......pusingan pertama

KUALA TERENGGANU: “ Baguslah mereka datang..,” kata Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berhubung kehadiran semua 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) yang memboikot Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kelmarin.

Beliau berkata, walaupun kehadiran mereka selepas mendapat jaminan keselamatan dan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, itu petanda positif politik negeri ini.

Ketika ditanya mengenai kenyataan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh dan Adun Ajil, Datuk Rosol Wahid yang meminta kerajaan negeri supaya tidak takut dengan bayang-bayang sendiri hingga menyebabkan insiden SMS ugutan berlaku, Ahmad berkata beliau tidak pernah mempunyai perasaan begitu.

“Saya tak pernah takut pun...dulu pun saya begini...sebagaimana yang saya katakan dulu..saya tak pernah takut tetapi saya bersikap positif.





“Perkara sangat mudah, kalau orang lain (Adun) datang (sidang DUN) takkan kita tak boleh datang..,” katanya yang turut memberitahu sudah bercakap sendiri dengan Perdana Menteri berhubung kemelut berkenaan.

Mengenai SMS yang dikatakan dihantar pegawai kanannya, Ahmad menyerahkannya kepada polis untuk membuat siasatan lanjut.

“Pada masa sama, pegawai saya pun buat laporan polis. Kita tunggu keputusan, dalam masa terdekat ada orang kena tangkap,” katanya yang kelihatan ceria dan tersenyum.

Beliau turut menyeru semua Adun menjaga parti dalam sebarang tindakan diambil serta mengutamakan rakyat.

Ketika penggulungan terakhir Sidang DUN semalam, Ahmad memberitahu kerajaan pusat bersetuju menyerahkan royalti petroleum kepada kerajaan negeri secara berperingkat dan sehingga bulan lalu, sebanyak RM650 juta daripada RM1.4 bilion sudah dilunaskan.

“Kita sedar petroleum akan habis dan harganya juga tidak stabil. Jadi kerajaan negeri berusaha menambah produk pelancongan seperti santuari gajah dan kelah serta menjadikannya sebagai tulang belakang ekonomi. Dalam keadaan ekonomi meleset, kita menjangkakan perkembangan sekitar dua peratus setahun,” katanya.

No comments

Powered by Blogger.