Warga asing kuasai lot niaga Hentian Puduraya dikuasai warga asing

KUALA LUMPUR: Tindakan segelintir penyewa asal lot kedai di Hentian Puduraya menyewakan kedai mereka kepada warga asing mengecewakan peniaga lain yang berniaga di situ.

Naib Pengerusi Persatuan Kebajikan Penyewa-Penyewa dan Peniaga Bangunan Hentian Puduraya, Rasulan Abu, berkata pada asalnya, 80 peratus daripada 169 peniaga Melayu menyewa dan berniaga di situ, kini tinggal 10 peratus dan selebihnya dikuasai warga asing.

“Perkara ini berlaku disebabkan peniaga tempatan mengaut keuntungan berlebihan dengan menyewakan kedai mereka kepada peniaga warga asing,” katanya pada mesyuarat Persatuan Kebajikan Penyewa-Penyewa dan Peniaga Bangunan Hentian Puduraya bersama Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem).

Beliau berkata, jumlah sewaan dikenakan penyewa asal kepada warga asing terbabit jauh lebih tinggi daripada harga sewa sebenar.





“Bukan kami tak suka kerana mereka warga asing, tetapi ada di antara mereka tidak menghormati dan bersikap kurang ajar.

“Ini bukan cerita yang direka-reka kerana mereka menggunakan paksaan menarik pelanggan ke kedai mereka sehingga boleh menjejaskan perniagaan peniaga lain kerana ada pengunjung takutg,” katanya.

Persatuan berharap pengurusan Hentian Puduraya, Uda Mall mengambil tindakan sewajarnya. walaupun persatuan sudah memaklumkan berkali-kali kepada pihak berkenaan.

No comments

Powered by Blogger.