mungkin 50 arahan lagi akan dikeluarkan?

Polis larang penyokong parti bawa bendera besar pada kenderaan

SUNGAI PETANI: Semua penyokong atau petugas parti yang bertanding pada pilihan raya kecil Bukit Selambau dilarang sama sekali berarak membawa atau memasang bendera bersaiz besar dengan menggunakan kenderaan.

Pegawai Media Pilihan Raya Kecil Bukit Selambau, Superintendan Hamzan Darus, berkata larangan itu berkuatkuasa serta merta sejak tempoh mula berkempen sehingga selepas keputusan pilihan raya diumumkan demi keselamatan orang ramai dan pengguna jalan raya yang lain.

Katanya, sejak hari penamaan calon pada Ahad lalu polis mendapati ramai penyokong dan petugas parti politik membawa bendera yang besar dengan mengikat tiangnya pada kenderaan sehingga menghalang pandangan dan mengganggu kelancaran lalu lintas sekaligus membahayakan pengguna jalan raya.

Perbuatan itu adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 21 Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

"Sikap yang paling membimbangkan ialah tindakan kumpulan remaja bermotosikal berarak beramai-ramai dengan membawa bendera bersaiz besar di atas motosikal dan perbuatan itu adalah satu kesalahan.

"Mereka yang didapati melakukan kesalahan itu boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 27 (3) Akta Polis 1967 yang mana jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM2,000 atau penjara tidak lebih daripada satu tahun.

"Justeru polis menasihatkan penyokong parti politik mematuhi peraturan itu demi kebaikan bersama," katanya di sini, hari ini.

Selain itu, Hamzan berkata, sepanjang tempoh kempen bermula polis hanya menerima dua laporan polis yang membabitkan kes merosakkan bendera dan salah faham membabitkan parti politik serta satu kes lagi membabitkan seorang lelaki mendakwa dipukul dua remaja.

Katanya, sehingga kelmarin polis meluluskan sejumlah 43 permit ceramah yang dipohon parti politik yang mana 17 daripadanya membabitkan Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas 24 serta dua daripada Bebas.

Beliau juga mengingatkan semua parti politik yang bertanding supaya memohon permit sebelum mengadakan ceramah.

Hamzan berkata, penceramah juga diingatkan supaya tidak menyentuh isu sensitif dan masih dalam proses perbicaraan di mahkamah.

umno dah nak mampus! guna polis..guna sprm..guna spr.. dengan cara ni ke juak2 umno dok bangga nak berlawan? kahkahkahkahkah...telor pun tak dak! kahkahkahkahkah.

No comments

Powered by Blogger.