adakah dia yang buat? sebab tu nama awek tak boleh sebut?
Dalam berita bertajuk "Opposition banned from raising Altantuya" Malaysiakini semalam menyiarkan surat yang menyiarkan syarat-syarat polis sebelum mengeluarkan permit kempen di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.
Antara syarat tersebut ialah:
1. Penceramah tidak boleh menghasut serta mempersoal keputusan yang dibuat oleh institusi raja.
2. Tidak boleh sentuh isu Altantuya, isu perkauman dan isu keagamaan.
3. Kehadiran orang ramai adalah tanggungjawab pihak pengtanjur untuk mengawal mereka, jika kehadiran melimpah hingga di luar kawasan permit yang dipohon, pihak polis akan mengambil tindakan.
Yang pertama sekali, tak pa la kalau tak boleh nak kata apa pun tentang isu Altantuya, keputusan yang dibuat oleh institusi raja dan isu keagamaan dalam ceramah. Boleh sebut di tempat lain.
Tak ada pula larangan menyebut isu-isu tersebut di kedai kopi, di kedai mee udang, di warung cendoi, sambil makan kue tiau, atas bas, atas teksi, atas van, atas jalan dan tepi jalan. Maknanya boleh sebutlah. Lagi pun bukan berceramah, sebut sahaja.
Nak buat apa sebut nama Altantuya? Yang kita nak sebut sangat nama Datuk Seri Najib Tun Razak. Tanya dia mengapa dia diam meloko bila Gobind Sing Deo tuduh dia pembunuh dalam Dewan Rakyat? Mengapa dia malukan ahli-ahli Umno dengan tindakannya itu? Kalau kita la, kita tak akan duduk diam dan lawan berjabu kalau orang tuduh kita pembunuh jika kita tidak pernah terlibat melakukan pembunuh, sama ada bersyubhat atau mengarahkannya.
Task payah sebut nama Altantuya. Tanya Najib kenapa dia takut sangat nak saman akhbar Liberation yang membuat pelbagai tuduhan terhadapnya. Bukan sahaja akhbar Liberation, banyak lagi akhbar seperti yang disiarkan di sini, di sini, di sini dan di sini.
Kenapa Najib meloko bila Gobind tuduh macam tu? Kenapa tak saman media-media yang tulis memburukkan dirinya? Orang tua-tua kata, berani kerana benar, takut kerana salah.
Kenapa hanya berani haramkan orang sebut itu ini? Kenapa hanya berani peralatkan polis untuk bertindak menggunakan kekerasan? Apa pasal berdebat dengan Gobind tak berani? Apa pasal tak berani saman media-media tersebut? Apa pasal tak berani izinkan perdebatan semasa nak gantung Gobind dari menghadiri Dewan Rakyat? Apa pasal tak berani?
Tak payah persoal keputusan yang dibuat oleh raja. Cukuplah bercerita tentang peruntukan perlembagaan sahaja. Cukup bercerita tentang perbuatan melanggar undang sahaja.
Sebut sahaja apa yang Tun Dr Mahathir Mohamad kata: "Anda tidak boleh menjatuhkan seorang menteri besar atau perdana menteri tanpa adanya undi tidak percaya di dalam dewan. Tiada peruntukan lain" (video di sini).
Beliau juga berkata, Barisan Nasional (BN) sepatutnya melakukannya dengan cara yang wajar dan bukan bertindak bertentangan dengan undang-undang atau melanggar undang-undang.
Ia dengan sendirinya bermakna tindakan menggulingkan Haji Ir Mohammad Nizar Jamaluddin tidak dilakukan dengan cara yang wajar dan bertentangan dengan undang-undang. Kalau tindakan menggulingkan Nizar tidak dibuat dengan cara yang tidak wajar dan bertentangan dengan undang-undang, sudah tentulah orang yang mengambilalih jawatan Nizar sebagai Menteri Besar melakukannya dengan cara yang tidak wajar dan bertentangan dengan undang-undang. Tak payah sebut nama raja. Nak buat apa. Tak perlu pun.
Tak boleh sentuh isu keagamaan? Adakah termasuk larangan kepada usaha untuk menerangkan firman Allah yang bermaksud "berpeganglah kamu kepada tali Allah"? Kalau itu pun tak boleh, tak tau nak kata la. Saya tak nak la kata lebih jahat dari syaitan.
Amaran juga diberi bahawa polis akan mengambil tindakan jika kehadiran melimpah hingga di luar kawasan permit yang dipohon. Tindakan apa? Guna kekerasan? Keganasan? "Allahumal'anil jibta wat-taghut!"
bakaq

No comments
Post a Comment