Nik Aziz: Najib perlu bersih imej.




P.59 Bukit Gantang: Jangan terperangkap lagi! - Tokguru Nik Aziz

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan rakyat Malaysia khususnya pengundi pilihan raya kecil Bukit Gantang agar tidak terus terperangkap dengan gimik politik yang sedang dimainkan oleh Umno-BN.

"Saya ingin ingatkan kepada semua rakyat khususnya pengundi di Bukit Gantang agar tidak terperangkap dengan kata-kata pemimpin Umno-BN," ujarnya pada sidang media sebaik ceramah kempen selesai di Kampung Tebok malam tadi.

Menteri Besar Kelantan itu membuat ingatan tersebut sebagai mengulas soalan pemberita mengenai 'kejutan' yang dibuat Perdana Menteri baru, Dato' Seri Najib Razak menerusi ucapan sulungnya baru-baru ini.

Ujarnya, sejak 52 tahun yang lalu setiap kali perlantikan perdana menteri Umno-BN pasti akan ada 'gula-gula' yang diberikan rakyat sebagai menggambarkan imej beliau yang bersih serta baik.

"Setiap kali perdana menteri baru naik, mesti ada benda baru yang diumumkan sebagai membeli sokongan rakyat selain memberi persepsi yang baik-baik belaka.

"Tetapi saya ingin ulangi sekali lagi di sini bahawa jangan terperangkap dengan permainan Umno-BN buat kali ini selepas lima kali dipermainkan oleh Umno-BN," katanya memandangkan anak beliau, Nik Adli juga pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum ini.

Dalam ucapan sulung tersebut, Najib telah mengumumkan penarikan semula arahan terhadap penggantungan Harakah dan Suara KeADILan serta
membebaskan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) daripada Penjara Kamunting.

"Umno tiada tunjang dalam berfikir dan mempertimbangkan keperluan rakyat kerana ia telah lama disunguti oleh PAS dan Pakatan Rakyat.

"Walaupun ia perkara baik tetapi akhirnya mereka gagal jadi pemimpin Melayu kerana kalau nak berpolitik mesti bertakwa kepada Allah," ujarnya.

No comments

Powered by Blogger.