One Malaysia vs Islam Hadhari
Adakah Islam Hadhari masih bernafas? Entah, tetapi nampaknya semakin jarang disebut. Jamil Khir pun sebut dia akan kaji semula konsep itu. Najib pun setakat ini seperti kurang melayan Islam Hadhari ciptaan Abdullah itu. Khabarnya, JAKIM dan YADIM pun seperti tidak berkenan lagi. Agaknya, Najib membunuhnya secara senyap.
Bagus, bunuh saja konsep itu. Konsep merapu yang entah dari mana asal-usulnya. Kalau bersungguh-sungguh nak bunuh Islam Hadhari, saya antara orang terawal menyokongnya.
Semasa konsep ini mendapat tempat dalam negara bukan sedikit perbelanjaan dikeluarkan untuk mempromosi, memahamkan pelbagai kelompok masyarakat terutama orang agama termasuk perbelanjaan membina pelbagai monumen atas nama konsep itu.
Contohnya, Muzakarah Imam-imam yang diadakan di UKM pada 11 hingga 15 Jun 2007, anjuran Sekretariat Islam Hadhari, belanja pengangkutannya sahaja mencecah RM1.1 juta (baca sini). Matlamat program ini pun jelas, untuk mengumpan imam supaya mengundi BN untuk PRU 2008.
Perkampungan Hadhari pula diperuntukan sebanyak RM11.25 untuk dianjurkan di semua kawasan parlimen dengan peruntukan RM50,000 untuk satu parlimen. Perkampungan Hadhari juga adalah produk Islam Hadhari (baca sini).
Islam Hadhari, Terengganu Bestari, itu idea Idris Jusoh yang sangat taksub dengan Islam Hadhari. Di sana diwujudkan Taman Tamadun Islam yang menelan belanja RM200 juta (baca sini).
Islam Hadhari menghabiskan duit, tetapi Islam dan umat Islam negara tidak semakin kuat pun berbanding sebelumnya.
Najib tampil dengan suatu konsep baru, ‘One Malaysia’. Tunggulah, apa pula yang akan dibuat untuk konsep baru ini. Kalau Islam Hadhari menjadikan golongan agama sebagai sasaran utama, entah siapa pula sasaran utama ‘mak wan’ ini.
Kalau juta-juta digunakan untuk Islam Hadhari, tunggulah berapa pula akan digunakan untuk memekap dan mempromote ‘mak wan’ ini. 'Mak Wan' ini bukan sebarangan orang.
Nik Abdul Aziz ada ‘Membangun Bersama Islam’ dan Azizan Razak ada ‘Kedah Sejahtera’. Saya kurang pasti apa yang Guan Eng ada, tapi yang pasti mereka tidak menumpukan sangat kepada promosi slogan itu.
Menghayati slogan lebih utama berbanding mempromosi slogan.
No comments
Post a Comment