Ustaz Ismail Noh kekal YDP PAS Pasir Mas..mapuh ibrahim ali!

Sebahagian ucapan Ybhg. Dato’ Mohamad Daud Iraqi, Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Pasir Mas pada 17 April 2009 di Dewan Majlis Daerah Pasir Mas.

Ybhg Ustaz Ismail Noh mengekalkan jawatan sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Pasir bagi penggal 2009-2011 selepas menewaskan Sdr Abdul Hamid Aziz dengan perbezaan undi 59. Ustaz Ismail memperolehi 335 undi, Abdul Hamid memperolehi 276 undi, manakala undi rosak 6 dan 71 orang tidak keluar mengundi daripada 688 perwakilan.

Keputusan penuh dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Perhubungan PAS Kelantan, YBhg. Mohd Nasir Daud.

No comments

Powered by Blogger.