Dato’ Ahmad Yaakob YDP PAS Tumpat, Husam dicadang Timbalan Presiden PAS

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Ahmad Yaakob dilantik secara rasmi sebagai Yang Dipertua PAS Tumpat apabila menang tanpa bertanding mengisi kekosongan jawatan tersebut setelah penyandang sebalum ini, Almarhum Wan Mohd Jamil Wan Mahmood meninggal dunia pada 28 Februari 2009 yang lalu.

Manakala jawatan Timbalan Yang Dipertua disandang YB Mohd Zaki Ibrahim manakala Naib Yang Dipertua disandang YB Che Abdullah Md Nawi. Kesemua jawatan tersebut menang tanpa bertanding.

Semasa agenda pemilihan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Perwakilan menyerahkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Tumpat untuk mencalonkan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat 2009-2010.

Sebelum diputuskan, seorang perwakilan, Che Jalir Hassan, Perwakilan PAS Cawangan Chenderong Batu mencadangkan kepada Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Tumpat mencalonkan Dato Husam Musa bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS.

Manakala bagi Jawatan Naib Presiden Perwakilan tersebut mencadangkan Dato’ Mahfuz Omar, Dato’ Kamarudin Jaffar dan Mohamad Sabu. Manakala Dato Wan Abdul Rahim dan Haji Apandi Mohamad dicadangkan sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Bagaimanapun ada seorang Perwakilan dari DUN Pengkalan Kubor mencadangkan Dato’ Seri Ir Nizar Jamaluddin dicadangkan bertanding sebagai Naib Presiden PAS untuk diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa PAS Tumpat.

Kesemua ini antara yang telah dibincangkan dalam Mesyuarat Agung PAS Kawasan Tumpat pada 18 April 2009 di Dewan Bunga Raya, Pantai Sri Tujoh, Tumpat yang dirasmikan oleh YB Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah.


Sementara itu dalam pemilihan Ahli jawatankuasa PAS Kawasan Tumpat, seramai 34 orang menawarkan diri bertanding bagi mengisi 16 tempat.

Berikut adalah 16 orang yang menang adalah seperti berikut: Ustaz Ropin Hassan (454), Dr Wahab (394), Ustaz Ubaidillah (388), Jamaluddin Ishak (385), Ustaz Wan Roslan (367), Mohd Nawawi Hj Adam (350), Ustazah Aizan (345), Ustaz Abd Aziz Yusof, Ustaz Wan Rosdi Wan Ibrahim (313), Tengku Yusof (310), Tengku Maziah (310), Wan Mohd Akbal (270), Shalah Huddin Che Hussin (265), Che Abdul Razak (261), Abd Aziz Abd Rahman (233), Ustaz Bukhari (233).

Buat kali pertama, Saya turut juga bertanding menawarkan diri sebagai Ahli Jawatankuasa, tetapi tidak tersenarai dalam enambelas orang itu.

No comments

Powered by Blogger.