patut la orang umno cakap nazri bodoh!
“Itu merupakan satu kenyataan bodoh daripada seorang peguam bagi saya,” kata Mohamed Nazri yang dipetik dari laporan Bernama hari ini.
Menurut Bernama, Mohamed Nazri berkata Ngeh sebagai seorang peguam sepatutnya menghormati keputusan mahkamah dan bukannya mengeluarkan kenyataan bodoh mendakwa bahawa mahkamah telah mencampuri hal legislatif.
“Kalau kenyataan saya bodoh maka sepuluh lagi peguam lain yang menyokong kenyataan saya juga bodoh termasuk termasuk bekas hakim mahkamah rayuan N.H Chan seperti yang beliau jelaskan dalam kenyataannya,” jelas Ngeh kepada Suara Keadilan
Dalam kenyataan yang sama, Mohamed Nazri berkata “Dia (Ngeh) sepatutnya sebagai seorang peguam mesti menghormati keputusan mahkamah. Kalau dah peguam tidak menghormati, macam mana rakyat biasa akan akur kepada setiap keputusan yang dibuat mahkamah. Pada saya tidak syak lagi keputusan mahkamah itu adalah tepat dan betul,” katanya.
Dalam laporan berkanaan menyatakan bahawa dakwaan Ngeh, keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak V. Sivakumar menggantung Menteri Besar Perak dan enam Exco daripada menghadiri persidangan Dewan sebagai satu bentuk campur tangan kuasa seseorang Speaker adalah satu kenyataan yang silap.
Beliau membidas Ngeh dengan berkata tidak timbul soal badan kehakiman mencampuri hal legislatif berhubung keputusan itu kerana mahkamah sebenarnya adalah tempat terbaik untuk mendapat penyelesaian berkenaan dengan tafsiran sesuatu perlembagaan ataupun undang-undang.
“Untuk menjadi seorang peguam, kami telah dididik untuk menggunakan perkataan yang tidak berbaur penghinaan kepada sesiapa, jika tidak bersetuju dengan sesuatu pendapat maka kami akan berkata ‘tidak bersetuju’ atau ‘bersetuju’ dengan pendapat dan bukannya berkata sebarang pendapat itu ‘bodoh’,” jelas Ngeh.
“Ini adalah satu serangan peribadi terhadap saya,” tegas Ngeh
nazri la mahathir sampai sekarang tak puas hati lagi!
No comments
Post a Comment