Pro-Anwar Dalam Kabinet Najib?

Semalam, hari ini dan besok, ramai yang menunggu dan bercakap mengenai senarai kabinet baru di bawah pimpinan PM yang baru.

Desas-desus mengatakan, sekarang ini ada menteri dalam kabinet Pak Lah yang mulai bersikap merapu atau ala-sasau kerana takut tidak dilantik semula. Ada juga yang dah mula mengemas pejabat kerana yakin tidak akan dipilih oleh Najib. Yang awal-awal letak jawatan, semua orang dah tahu dan kenal.

Yang agak lucu ialah ada juga yang bersikap ala-mengkritik kabinet Najib yang belum dilantik. Hhmmm, kabinet yang belum dilantik pun dah boleh dikritik? Hebat betul orang-orang UMNO.

Dan yang menarik ialah ramalan orang-orang UMNO sendiri mengatakan PM baru akan melantik beberapa menteri dari individu-individu yang pro-Anwar. Ada antara mereka yang menyebut nama setiap individu yang dimaksudkan.

http://siyasahsyariyah.blogspot.com/

No comments

Powered by Blogger.