Suruhanjaya Piliharaya Menjadi Jurucakap BN



Baru-baru ini Suruhanjaya Pilihanraya sentiasa bertindak di luar daripada bidangkuasanya. Dalam kes Fairus yang telah meletak jawatannya sebagai ADUN Penanti, Suruhanjaya Pilihanraya tidak ada hak untuk membuka mulut dan memberi sebarang komen. Itu bukannya kerja pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya. Mulakan kerja-kerja persediaan untuk pilihanraya kecil di Penanti.


Suruhanjaya Pilihanraya merupakan agensi yang mengendalikan pilihanraya. Itu sahaja kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan. Apabila terima surat daripada Speaker, buat sahaja kerja yang patut dibuat. Jangan pula pandai-pandai nak beri nasihat. Suruhanjaya Piliharaya tidak perlu memberi nasihat politik kepada mana-mana pihak.


Pengerusi Suruhanjaya Piliharaya , Tan Sri Abdul Aziz Yusuf sudah bertanduk selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan bahawa Suruhanjaya Pilihanraya berhak menentukan kekosongan sesuatu kerusi Dewan Negeri.


Beliau memberi komen bahawa pengendalian pilihanraya kecil seperti ini amat membazirkan wang negara. Siapakah yang membazirkan wang dalam pilihanraya kecil? Kerajaan mencurahkan berjuta-juta ringgit untuk memikat hati rakyat sewaktu pilihanraya kecil. Pelbagai projek mee segera dilaksanakan secara lintang-pukang oleh kerajaan. Banyak lagi pemberian dibuat walaupun tindakan-tindakan seperti itu menyalahi undang-undang pilihanraya. Kos sebenarnya ditimbulkan oleh kerajaan sendiri kerana boros berbelanja untuk kepentingan parti-parti politiknya.. Kalau Tan Sri Abdul Aziz betul-betul berniat untuk memberi nasihat, beritahu Perdana Menteri supaya tidak boros membelanjakan wang rakyat dalam pilihanraya kecil Penanti yang bakal kita dihadapi.

1 comment

A Mum Of Three Mohd said...

Salam kerabu,

Sudikan jengok ke blog mummy untuk menerima Friendship award daripada mummy semoga persahabatan kita di alam maya akan terus berkekalan samapai bila-bila selagi hayat dikandung badan. Friends forever!!

Powered by Blogger.