ulasan utusan malaysia pasai pas!

PAS akan mengadakan pemilihan partinya yang dijangka diadakan pada Jun ini. Sebagai sebuah parti politik yang mengamalkan demokrasi maka ia juga tidak akan terlepas dalam perebutan jawatan.

Mungkin bagi pemimpin dan penyokong Pas, mereka tidak suka kepada istilah perebutan kerana kononnya istilah berkenaan lebih sesuai digunakan dalam UMNO. Bagi Pas, mereka adalah sebuah parti yang memperjuangkan Islam dan segalanya kalau boleh mahu ditentukan melalui muzakarah, asalkan ia tidak melibatkan UMNO.

Itulah pegangan awal Pas suatu ketika dulu, sehingga memungkinkan jarang sekali kita melihat ada pertandingan bagi jawatan tertinggi. Tetapi hari demi hari, konsep muzakarah dalam Pas semakin terhakis.

Lanjutan itu berlakulah pertandingan bagi jawatan tertinggi, terbaru tersebarnya khabar kedudukan Nasharudin Mat Isa sebagai Timbalan Presiden Pas akan dicabar oleh Naib Presiden, Datuk Husam Musa.

Sebenarnya, ura-ura bahawa Husam akan bertanding jawatan kedua dalam parti itu bukanlah perkara baru, malah ia sudah kedengaran sejak awal tahun lagi, cuma Husam sendiri tidak pernah mengiya atau menafikannya. Namun begitu sudah ada khabar bahawa banyak negeri akan memberi sokongan kepada Husam.

Jika trend itu berterusan, kedudukan Nasharudin yang dilihat seorang pemimpin yang begitu disenangi oleh banyak pihak di luar Pas akan tergugat. Nasharudin sebelum ini dilihat pemimpin masa depan Pas, malah ketika beliau memenangi jawatan Timbalan Presiden, Nasharudin dikatakan akan mampu membawa Pas menjadi sebuah parti yang diterima oleh semua peringkat masyarakat.

Mungkin ahli-ahli Pas merasakan parti itu sudah diterima oleh masyarakat justeru ‘khidmat’ Nasharudin tidak diperlukan lagi, apatah lagi beliau dilihat antara pemimpin yang bersedia bermuzakarah dengan UMNO. Tindakan itu dilihat tidak menyenangkan sesetengah ahli Pas, biarpun apa yang dilakukan adalah demi kebaikan umat Melayu dan Islam.

Bagi jawatan Naib Presiden pula, kedudukan Mohamad Sabu dan Datuk Azizan Abdul Razak dijangka turut dicabar. Berbanding Azizan, kedudukan Mohamad Sabu lebih tidak selamat. Ini kerana Azizan sudah berjaya membuktikan sumbangannya apabila menawan Kedah.

Malah sikap Azizan yang bersikap terbuka dalam kepimpinan di Kedah telah memungkinkan timbulnya tafsiran bahawa Pas akan terus memerintah negeri itu. Azizan diterima oleh semua kelompok masyarakat kerana sikap rendah dirinya.

Bagaimanapun kehadiran Ketua Pemuda Pas, Salahuddin Ayub yang akan melepaskan jawatan itu dan dijangka bertanding jawatan Naib Presiden akan menghangatkan ‘pergelutan’ dalam Pas. Ini kerana Salahuddin dilihat sebagai seorang pemimpin yang cukup berjaya mengemudi Dewan Pemuda Pas. Di bawah kepimpinan beliau, Pas berjaya menarik sokongan generasi muda.


KAHKAHKAH..PAS GADUH? YAHOOO!!!!! KAHKAHKAH...GADUH PAS..GADUH PAS...... HEBAT UTUSAN....BOLEH TAU PAS GADUH! YAHOOO...!

No comments

Powered by Blogger.