Wujud semula MECD bantu Melayu - Reaksi Ku Li
KUALA LUMPUR 11 April - Pemansuhan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) dibimbangi akan menimbulkan rasa terkilan di kalangan orang Melayu.
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, walaupun segalanya masih terlalu awal untuk menilai namun yang pasti pada masa ini orang Melayu tertanya-tanya mengapa langkah sedemikian diambil.
Katanya, malah di pihak kerajaan sendiri pun masih belum membuat sebarang penjelasan dan oleh itu timbul beberapa anggapan termasuk mengaitkan kerajaan mahu mengurangkan bantuan kepada orang Melayu.
“Barangkali, kerana penjelasan tak pernah diberi oleh kerajaan atau Perdana Menteri, ia dilihat sebagai langkah awal kepada usaha hendak mengurangkan bantuan dan pertolongan kepada bumiputera seperti yang diamalkan di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB),’’ katanya.
Tengku Razaleigh yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang berkata demikian ketika diminta mengulas kebimbangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu terhadap pemansuhan MECD pada sidang akhbar di kediamannya di sini hari ini.
MECD yang sebelum ini diterajui Datuk Noh Omar telah dimansuhkan sementara beberapa kementerian lain terlibat dalam penyusunan semula.
Menurut Tengku Razaleigh, bagi orang Melayu, harapan mereka untuk terus bersandar kepada bantuan kerajaan seperti mana sebelum ini sedikit terjejas.
Bagaimanapun, beliau berkata, segalanya masih terlalu awal untuk membuat sebarang penilaian.
Namun pada masa sama, beliau tidak menolak kemungkinan akan ada jabatan atau agensi yang akan bertindak menjayakan tujuan sama di bawah penyusunan semula Kabinet yang diumum kelmarin.
‘‘Ini penyesuaian dan penyusunan semula jentera kerajaan iaitu agensi dan jabatan di bawahnya.
‘‘Barangkali mereka akan mengambil langkah-langkah untuk bertindak di bawah tujuan sama tetapi di bawah agensi lain (sebelum ini), tapi itu saya tidak tahu, belum jelas,’’ ujarnya.

No comments
Post a Comment