najib ubati luka dara khairy!

PM jelaskan peranan Khairy

PATTAYA 11 April - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah menyatakan kesediaannya untuk memberikan tumpuan terhadap tugas parti meskipun tidak terpilih menganggotai Kabinet.

"Dia faham keadaannya dan tak ada masalah bagi dia," kata Najib apabila ditanya mengenai pendapat sesetengah pihak bahawa Ketua Pemuda UMNO patut diberi peranan dalam Kabinet.

Pada sidang akhbar dengan media Malaysia di sini malam tadi, Najib berkata adalah mustahil untuk memuaskan hati semua orang.

"Saya pilih untuk memuaskan hati masyarakat awam, paling utama rakyat," katanya ketika ditanya mengenai perasaan tidak puas hati di kalangan sesetengah anggota UMNO, termasuk mereka yang menang pada pemilihan parti itu baru-baru ini.

Bagaimanapun, Najib berkata beliau akan juga meneliti struktur parti daripada sudut politik dan kedudukan kerajaan pada masa akan datang dalam usaha memperkemaskan parti.

Pada Khamis lepas, Khairy berkata beliau sedia membantu Perdana Menteri untuk mengukuhkan parti terutama Pemuda UMNO. - BERNAMA


kahkahkah..kesian....nampak sangat najib dok bawah dagu mahathir! kahkahkahkah..malang la malaysia....dapat PM kaki angguk!

No comments

Powered by Blogger.