bisik-bisik awang yang tak selamat!

Kabinet pertama Datuk Seri Najib Tun Razak sudah terbentuk. Pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalannya adalah pilihan terbaik yang sudah dijangka. Pengguguran lapan menteri juga tidak mengejutkan kerana Najib terlebih dahulu sudah melaungkan transformasi besar yang pasti bermula dengan kabinetnya.

Awang mengucapkan tahniah kepada Muhyiddin dan mereka yang dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri. Kepada mereka menteri yang digugurkan, anggaplah ia sebagai asam garam dalam berpolitik. Naik dan turun, adalah lumrah.

Inilah masa untuk mereka pula memberi sokongan kepada barisan baru. Yang digugurkan tidak semestinya kurang berkesan dalam tugas mereka sebelum ini.

Apabila dibangkitkan kepada Najib tentang pengguguran ramai menteri pada satu taklimat media selepas pengumuman kabinetnya, Khamis lalu beliau berkata, bagaimana mahu melakukan pembaharuan jika tidak ramai yang gugur.

Bukan mudah untuk menjadi Perdana Menteri. Dugaannya seawal di peringkat membuat penentuan barisan jemaah menteri. Menggugurkan ramai penyandang jawatan itu juga satu keberanian. Belum pernah rasanya, sebegitu ramai digugurkan. Awang dapat rasakan tekanan yang dihadapi oleh Najib termasuk usaha melobi oleh banyak pihak. ‘‘Saya tidak dimakan lobi,” katanya.

Sepanjang taklimat itu, beliau tenang dan ceria. Penjelasan dan hujah-hujahnya nampak menyakinkan. Beliau sendiri kelihatan cukup yakin.

Secara umum, barisan Kabinet tersebut dianggap terbaik dan mendapat reaksi positif pelbagai pihak tetapi ia tidak dapat lari daripada kritikan termasuk daripada pemimpin UMNO .

Ini berdasarkan ada pemimpin yang menang pemilihan parti tidak dilantik. Ada pula yang kalah mendapat kepercayaan dan ada pemimpin yang dikatakan pernah menghadapi tindakan disiplin, dipilih.

Begitu juga dengan penambahan jawatan timbalan menteri untuk MCA di sebalik prestasi buruk parti itu, kurang wakil dari negeri tertentu dan pembubaran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, yang dianggap penting dalam membantu memajukan ekonomi orang Melayu.

Awang yakin Najib bersedia hadapi semua ini dan tentu ada jawapan tersurat dan tersirat terhadap persoalan yang dibangkitkan.

Ada pertimbangannya berdasarkan perkara yang beliau sahaja tahu tetapi kita semua tidak tahu. Berilah peluang kepada beliau menjayakan pembaharuan selaras dengan konsep rakyat-parti-kerajaan.

Najib tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak. Yang penting, inilah masa untuk bekerja dan memberi tumpuan bagi hadapi cabaran khususnya krisis ekonomi setelah begitu lama dibelenggu dengan isu-isu politik yang amat meresahkan. Rakyat sudah muak. Awang juga sudah penat.

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT


kahakahkahkah...taun nape orang komen? najib mansuhkan kementerian yang selama ni tolong melayu? kabinet dapur najib ikut telunjuk mahathir! rupanya tak matang lagi la najib ni kahkahkahkah...malu orang umno!

No comments

Powered by Blogger.