11 Pas Boleh , Bagan Pinang Boleh!

Pilihanraya Kecil Bagan Pinang hampir pasti. Cuma kali ini cakap dengar kebanyakan ahli forum tidak rasmi di Serambi-serambi Masjid tidak seperti yang sudah-sudah. Mereka seakan memandang berat dan musykil yang Pas dan PR mampu meneruskan penguasaan dalam setiap pilihanraya kecil seperti yang sudah-sudah.

Puncanya pengundi Pos yang dilihat terlalu ramai dan sejarah telah membuktikan kebanyakan undi dari peti undi Pos lebih menguntungkan BN berbanding PR. Ramai yang melihat Bagan Pinang bakal menyaksikan ‘kununnya’ kebangkitan UMNO Barisan Nasional.

Tapi harus diingat perkara yang mustahil satu masa dulu boleh berubah jika diizinkan Allah. Kita merancang Allah juga merancang , sedang Allahlah sebaik-baik perancang! Siapa menyangka hari ini kaum Cina dan India lebih gembira bersama Pas berbanding MCA dan MIC? Siapa juga menyangka orang Melayu yang satu masa dulu begitu takjub dengan ‘hidup melayu’ kini berubah mencari kepimpinan Ulama yang lebih bersih dari RASUAH dan PENYELEWENGAN?

Semuanya di luar jangkaan dan jangan mengalah sebelum melangkah. Tidak mustahil jika Pas menggerakkan jentera pilihanrayanya secara bijak dan tersusun kerusi Bagan Pinang bakal beralih teraju. Kebanyakan rakyat di Negeri Sembilan sudah memberikan isyarat untuk mengubah teraju di Wisma Negeri dalam PRU yang lalu. Hanya dengan sedikit lonjakan oleh kaum Melayu , Cina dan India cita-cita ini hampir menjadi kenyataan. Ini harus dipandang serius oleh PR!

Undi Pos hanya berjumlah 5 ribu dari sejumlah 14 ribu pengundi. Jangan kerana jumlah 5 ribu ini kita hilang fokus dan menafikan kekuatan pengundi yang lain. Zaman sekarang masanya rakyat membuat perubahan setelah melihat negara tidak lagi mampu diurus dengan baik oleh Barisan Nasional walaupun setelah lebih 50 tahun merdeka! Kepada petugas Pas yang bakal bertugas Bagan Pinang positifkan minda anda bersungguhlah. Semoga Allah memberikan kemenangan kepada perjuangan Islam!

No comments

Powered by Blogger.