Ahli Wanita UMNO dibunuh kejam - Perut terburai akibat ditikam bertubi-tubi


KENDERAAN polis bersedia untuk membawa jenazah Asimah (gambar kecil) yang mati dibunuh di rumahnya di Felda Mengkawang, Hulu Terengganu semalam.



HULU TERENGGANU - Bekas Ketua UMNO cawangan Felda Mengkawang dekat sini ditemui mati dengan ususnya perutnya terburai setelah ditikam bertubi-tubi oleh seorang perompak yang memecah masuk rumahnya sebelum melarikan sejumlah barang kemas di Felda Mengkawang petang semalam.

Kejadian dipercayai berlaku kurang setengah jam selepas mangsa bertandang ke rumah jirannya apabila dia didatangi perompak yang dengan kejam meragut barang kemas dan nyawanya. Dalam kejadian itu dia dipercayai cuba mempertahankan diri.

Ketika kejadian, mangsa, Asimah Abd. Rahman, 51, yang merupakan Pengerusi Gabungan Pergerakan Wanita UMNO Felda Wilayah Terengganu tinggal bersendirian kerana suaminya keluar bekerja.

Kejadian hanya disedari jirannya, Asmah Mat Adam, 45, yang datang ke rumahnya pada pukul 3 petang. Asmah hairan apabila salam yang diberi tidak bersambut.

Menurut Asmah, dia terus masuk ke ruang tamu rumah itu apabila mendapati pintu depan rumah mangsa terbuka dan televisyen terpasang.

No comments

Powered by Blogger.