Anwar : Siasat Ketua Polis Negara
Dalil Terbaru Hubungan KPN dan Kongsi Gelap
Dakwaan Ketua Polis Negara Musa Hassan terbabit dalam kegiatan kongsi gelap kini diperkuatkan lagi dengan kemunculan satu lagi akuan bersumpah oleh pegawai polis kanan yang pernah berkhidmat di pejabat Musa sendiri.
Akuan Bersumpah oleh bekas pembantu peribadi atau ADC (aide-de-camp) kepada Musa itu didedahkan menerusi blog Malaysia Today.
Kenyataan bersumpah itu adalah susulan daripada akaun bersumpah oleh bekas pegawai polis lain yang tampil mengaitkan Musa dengan kongsi gelap.
Ketua Umum Keadilan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata akaun bersumpah terbaru oleh seorang lagi pegawai yang pernah bekerja rapat dengan Musa harus disiasat dengan bebas dan segera bagi mengelak sistem kepolisan negara menjadi bobrok dan porak-peranda.
"Tidak boleh bertolak ansur dalam hal ini. Kalau kita bertolak ansur, maka keyakinan rakyat terhadap institusi polis, akan terhakis lagi sedangkan ramai anggota polis bersikap profesional dengan prestasi membanggakan," kata Anwar.
Beliau berkata, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sepatutnya mengarah siasatan segera dilakukan, bukan cuba menutup tuduhan itu.
"Apakah kini, KPN tutup kes menteri; menteri pula tutup kes KPN?" katanya sambil meminta pimpinan kerajaan Persekutuan supaya lebih serius dalam menghormati undang-undang.
Dalam akuan bersumpah terbaru ini, bekas ADC Musa mendakwa ditugaskan oleh Musa untuk "menyelaraskan arahan mengenai kenaikan pangkat dan jawatan pegawai polis berdasarkan draf dan cadangan yang dibuat oleh BK Tan" - ketua sindiket jenayah terancang yang terbabit dalam pengedaran dadah, pelacuran, ceti haram dan perjudian haram.
Menurut akuan bersumpah itu, Musa turut mengarahkan supaya diwujudkan blog untuk menuduh Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri ketika itu, Datuk Mohd Johari Baharum menerima rasuah RM5.5 juta daripada tiga ketua penjenayah.
Pegawai tertinggi polis itu turut didakwa mendalangi tindakan terhadap Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Ramli Yusof dan pegawai lain kerana menyiasat beberapa ketua penjenayah, dengan mengheret mereka ke SPRM yang ketika itu masih dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR).
Bekas ADC berkenaan mendakwa pernah mengadu salah laku Musa kepada beberapa orang kenamaan termasuk Johari dan bekas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad. Bagaimanapun aduan itu tidak diendahkan dan kontrak perkhidmatan Musa dilanjut dua tahun lagi pada 2007.
Kini kerajaan Umno-BN sedang menimbang untuk melanjutkan lagi kontrak Musa.
Anwar berkata Umno-BN tidak harus menutup mata kepada perlakuan Musa kerana ada puluhan akuan bersumpah telah dibuat terhadap Ketua Polis itu yang mengaitkannya kepada pelbagai aktiviti jenayah dan kongsi gelap.
"Terakhir, orang paling dekat dengannya pun menjadi mangsa. Ia mungkin sesuatu yang mengejutkan orang lain tapi bagi kita, ia bukan kejutan," katanya yang dipercayai merujuk kes Datuk Ramli. - (TV Antara)

No comments
Post a Comment