BALKIS Akan DiBincangkan Secepat Mungkin

SHAH ALAM, 11September-Keputusan untuk menghidupkan semula atau tidak, Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Selangor (BALKIS) akan dibincangkan setelah mahkamah memutuskan kedudukan badan itu.

Exco kerajaan negeri Rodziah Ismail berkata setelah Balkis di bubarkan tahun lalu, kerajaan negeri mengwujudkan Pertubuhan Kebajikan Amal Wanita Selangor (PERKAWANIS yang dipengerusikan oleh Puan Sri Salbiah Tunut.

Rodziah yang juga Naib Dipertua, PERKAWANIS, berkata PERKAWANIS berperanan menjalankan program-program kebajikan dan telah diterima baik oleh rakyat Selangor.

Beliau berkata sebarang keputusan mahkamah bersabit Balkis akan dibincangkan pada peringkat tertinggi Perkawanis.

“Saya sebagai naib dipertua pekawanis akan berbincang dengan puan sri apakah ruang yang mungkin dibuka semula, untuk balkis ini, kita akan bincanglah bagaimana sama ada kita akan teruskan atau tidak teruskan, perbincangan itu akan dibuat secepat mungkin, insyaalaah.

Rodziah berkata PERKAWANIS telah membuktikan bahawa agenda kebajilkan dan kerja-kerja amal menerusi isteri adun dan wakil rakyat tidak terjejas berikutan pebubaran balkis.

“Jika kita tengok kini Puan Seri Salbiah sendiri telah menubuhkan persatuan NGO sendiri iaitu PERKAWANIS iaitu Pertubuhan Amal Wanita-wanita negeri Selangor,

“beliau sebenarnya ingin menunjukkan bahawa kita yakin bahawa penubuhan BALKIS pada awalnya untuk menangai isu-isu kebajikan rakyat, khususnya untuk memberi ruang kepada isteri-isteri menteri besar, adun tapi dalam masa yang sama kita tidak juga mengatakan bukan itulah satu-satunya sahaja, jadi ada usaha-usaha lain. KEMALIA OTHMAN

No comments

Powered by Blogger.