EGM: Penyokong Chua serah 921 tandatangan

Penyokong timbalan presiden MCA yang dipecat, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyerahkan kepada ibupejabat MCA, senarai tandatangan 921 perwakilan MCA, yang mendesak supaya diadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM).

Wakil-wakil jawatankuasa sementara bertindak EGM, tiba di ibupejabat parti itu di Wisma MCA di Jalan Ampang pada tempat jam 4.30 petang.

Menurut ketua penyelaras jawatankuasa tersebut, Datuk Seri Tan Chai Ho, pihaknya memilih tarikh dan masa penyerahan senarai tersebut, kerana hari ini merupakan hari berkat dalam bulan Perayaan Hantu bagi orang Cina.

Jumlah tandatangan yang berjaya dikutip itu, kurang daripada 1,200 orang seperti yang didakwa diperolehi oleh penyokong Chua sebelum ini.

Bagaimanapun, angka itu melebihi jumlah minimum 800 tandatangan yang diperlukan untuk mengadakan EGM tersebut.

Sekurang-kurangnya dua resolusi disahkan setakat ini:

1. Lantikan semula Chua sebagai timbalan presiden.

2. Lulus undi tidak percaya terhadap presiden Datuk Seri Ong Tee Keat.malaysiakini

No comments

Powered by Blogger.