Hantar Atlit guna dadah ke Pusat Pemulihan, yang rasuah ke penjara
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (Pemudawilayah) kesal dengan tindakan segelintir atlit negara yang masih lagi bergantung harap dengan dadah khususnya jenis steroid bagi meningkatkan kecergasan mereka.
Tindakan mengantung pelumba basikal negara Mohd Fauzan Ahmad Lutfi yang didakwa positif mengambil dadah terlarang selama 2 tahun sebenarnya masih belum memadai kerana ianya masih belum menjadi tauladan yang berkesan pada atlit yang lain.
Selama ini, mana-mana atlit yang didapati mengambil dadah hanya digantung selama 2 tahun atau lebih. Namun selepas itu akan ada lagi atlit lain yang berani mencabar peraturan yang ditetapkan.
Bagi Pemudawilayah, atlit sedemikian rupa tidak jauh bezanya dengan penagih dadah maka mereka wajar dihantar ke Pusat Pemulihan untuk diberikan kesedaran dan sebagai satu peringatan yang tegas buat atlit lain.
Kita bukan mahu menghukum, tetapi lebih kepada mendidik dan memberikan ruang buat mereka memperbaiki diri. Pemudawilayah melihat atlit sebegini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Mereka perlu dibimbing untuk lebih berjaya dimasa hadapan.
Selain itu, walaupun dunia sukan negara pada masa sudah tiada lagi amalan rasuah yang dilaporkan, tetapi sebagai langkah yang lebih terkehadapan peraturan sukan negara perlu diperketatkan. Sebelum gejala ini kembali eloklah diperkasakan undang-undang sedia ada.
Jika sebelum ini, mana-mana atlit yang didakwa rasuah atau menjual perlawanan hanya dikenakan hukuman gantung secara bertempoh atau seumur hidup, kenapa tidak selepas ini mereka turut dikenakan hukuman penjara kerana apa yang dilakukan itu juga adalah satu jenayah sama seperti perasuah lain.
Dunia sukan tanahair haruslah dibiarkan berkembang secara positif. Kementerian Belia dan Sukan perlu memperkukuhkan usaha bagi meningkatkan tahap disiplin dan motivasi atlet agar imej negara tidak diburukkan oleh gejala dadah dan rasuah yang tidak sihat ini.
Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

No comments
Post a Comment