Johor Bahru Juara H1NI


Semalam dalam sidang Dun Johor di Kota Iskandar PAS dan DAP telah membangkitkan persoalan tentang penularan kes H1N1(selsema babi) dan kes-kes yang melibatkan kematian di Johor dimana setakat ini 27 kematian telah dicatatkan dengan daerah Johor Bahru tertinggi dengan 14 kematian.

Batu Pahat muncul daerah kedua tertinggi apabila mencatatkan 166 kes dengan tujuh kematian diikuti Kluang (83 kes, empat mati), Segamat (44 kes, seorang mati), Mersing (32 kes), Ledang (20 kes), Pontian, (17 kes), Muar (17 kes) dan Kulaijaya (8 kes). Kes kematian itu pula melibatkan 16 Melayu, enam Cina dan lima India.

Semua persoalan tersebut telah dijawab oleh Dr Robia Kosai dari BN dimana kerajaan negeri sedang memperhebatkan langkah-langkah pencegahan H1N1 yang antaranya meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap gejala dan rawatan penyakit berkenaan.

H1N1 ini adalah bala dari Allah diatas kealpaan rakyat dan kezaliman pemimpin yang masih tidak sedar apakah sebabnya manusia ini diciptakan dimuka bumi ini selain dari amar maaruf dan nahi mungkar.

Maka setiap bala Tuhan yang menimpa kita semuanya adalah Tarbiyyah daripada Allah kepada kita agar kita menjadi hamba yang bertaqwa kepadanya. Agar kita selamat di akhirat kelak. Jika teguran ini kita tidak endahkan bahkan kita mengatakan ini bencana alam atau sebaliknya maka tunggulah bala Allah seperti yang berlaku pada zaman Nabi Lut dan Nabi Nuh. Ayuh kembalilah kepada Tuhan jika tidak Allah tidak akan campur tangan bahkan membiarkan manusia di dalam kesesatan yang nyata nauzubillah…..

Tuhan Ampunkan Kami dan selamatkan Negara kami dari bencana ini dan bantulah kami agar Islam kembali subur didunia ini terutama Negara kami Malaysia.


Sumber : Jundullah

No comments

Powered by Blogger.