Kekalkan Adun Kota Siputeh menggelirukan - Timbalan Speaker

Menggelirukan, kata Timbalan Speaker Dun Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim ketika diajukan keputusan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dalam kes Kota Seputeh.

Inilah ungkapan ringkas menggambarkan reaksi terhadap keputusan yang diumumkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof apabila mengekalkan kerusi Dun Kota Seputeh kepada Datuk Abu Hassan Sarif.

Menurut Aziz, dua mesyuarat untuk dua penggal yang berbeza dan surat cuti sakit menjadi bukti kepada SPR bagi mengekalkan kerusi terbabit.

Sedangkan Perkara 51, Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah menyebut dua mesyuarat berturut-turut hadir membolehkan kerusi yang disandang dikosongkan.

Begitu juga Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan, Bahagian Pertama Perkara 38 menyebut ketiadaan hadir, mana-mana ahli tanpa mendapat perkenan Speaker bagi tempoh enam bulan maka Speaker bolehlah menetapkan tempatnya itu kosong.

Mengulas lanjut Mohd Zaki berkata, keputusan yang dibuat SPR menggambarkan campurtangan suruhanjaya itu dalam pentafsiran undang-undang.

ImageKatanya, campurtangan SPR dalam bidang kuasa Speaker Dun Kedah amat dikesali.

"Tindakan SPR mengekalkan Dun Kota Seputeh di bawah wakil rakyat sekarang mencerminkan seseorang wakil rakyat boleh memperlekehkan Undang-Undang Tubuh Negeri.

"Ini menggambarkan Undang-Undang Tubuh Negeri boleh dipertikaikan. Saya bimbang campurtangan pihak-pihak tertentu dalam pentafsiran undang-undang," katanya di sini.

Beliau juga berkata, di Kelantan sehingga kini belum ada rekod wakil rakyat sama ada penyokong kerajaan dan pembangkang yang tidak menghadiri persidangan tanpa sebarang kebenaran Speaker.

Katanya, mereka cukup berdisiplin kerana sering memaklumkan kepada Speaker sekiranya tidak dapat hadir pada persidangan Dun.

Baru-baru ini Speaker Dun Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail menghantar surat kepada SPR memaklumkan pengosongan Dun Kota Seputeh ekoran Adunnya tidak hadir dua persidangan berturut-turut iaitu pada 19 April dan 9 Ogos lalu.

SPR pula memutuskan, Adun itu kekal dan tidak perlu diadakan pilihan raya semula.

No comments

Powered by Blogger.