‘Lembu’ berdemo dijaga Polis, ADUN nak bersidang ditangkap Polis

HermanSamsudeen

Pasti ramai yang marah dengan insiden penangkapan 6 orang termasuk 3 ADUN Pakatan Rakyat hari ini kerana cuba memasuki Dewan Undangan Negeri untuk bersidang.

Tiga ADUN tersebut adalah ADUN Setiawan, Dato’ Ngeh Ko Ham; Simpang Pulai Chan Meng Kai dan ADUN Malim Nawar, Keshwinder Singh. Kerana gagal untuk memasuki Dewan, akhirnya Adun-adun yang hadir terpaksa mengeluarkan duit sendiri untuk mengadakan persidangan DUN di Hotel Herritage.

Lebih 300 polis kelihatan berkawal dengan meletakkan pita kuning serta penghadang bagi mengahalang orang ramai dan Adun Pakatan Rakyat untuk memasuki Dewan. Perintah mahkamah diperolehi bagi mengharamkan bangunan berkenaan dimasuki.

Perkara ini berbeza dengan apa yang berlaku dalam Demontrasi ‘Kepala Lembu’ anjuran Pemuda Umno pada Jumaat lepas di depan SUK Selangor. Demo Lembu berkenaan tidak mendapat permit dari Polis tapi akhirnya mendapat layanan yang amat istimewa serta dijaga dengan baik.

Tiada tangkapan atau tembakan gas pemedih mata dan mereka dibenarkan berarak dari Masjid Negeri ke bangunan SUK. Malah kepala lembu yang dipenggal itu dijadikan maskot perjuangan mereka.

Adakah Polis begitu menghormati ‘kepala lembu’ itu hingga tidak berani bertindak ke atas mereka berbanding apa yang berlaku di Perak hari ini.

Tidak cukup dengan itu, Menteri Dalam Negeri yang juga mantan Ketua Pemuda Umno Malaysia, Hishamuddin Hussin dengan bangganya mengistiharkan akan turun sendiri berdemo ‘geng lembu’. Pastinya itu bukan pertemuan biasa, tapi satu signal kepada anggota Polis agar tidak menganggu mereka kerana Hishamuddin akan turun ‘jaga’ mereka kalau perlu.

Beginilah adil dan saksamanya layanan Polis DiRaja Malaysia dalam negara kita.

Saya yakin, ramai anggota Polis diluar sana tidak setuju dengan apa yang berlaku di Perak dan mereka juga marah dengan ‘geng lembu’ yang berselindung dibalik topeng politik mereka untuk berdemo.

No comments

Powered by Blogger.