Salahguna Islam dan perkauman Melayu
Oleh Zukri Aksah
1 September – Pada Jumaat lepas, 28 Ogos 2009, sekumpulan demonstran yang menggelarkan diri mereka sebagai penduduk Seksyen 23 Shah Alam telah mengadakan demonstrasi selepas sembahyang Jumaat dengan berarak ke Pejabat SUK Selangor sambil membawa kepala lembu yang masih berdarah.
Demonstrasi ini dakwa mereka adalah sebagai bantahan kepada keputusan Kerajaan Negeri Selangor memindahkan sebuah kuil Hindu dari Seksyen 19 ke Seksyen 23.
Mengulas tindakan demonstran yang menggunakan pentas Melayu — Islam dalam bantahan mereka ini, Ahmad Nizam Hamid, Penasihat Undang-Undang PKR Negeri Pahang menyifatkan tindakan kumpulan ini yang menggunakan nama Islam dan Allah untuk tujuan yang nyata bertentangan dengan ajaran Islam.
Ia samalah seperti perbuatan bomoh sesat yang menghabisi mantera sesat mereka dengan kalimah, “dengan berkat lailahaillallah”, katanya yang juga Pemangku Ketua PKR Cabang Temerloh.
Tambah Nizam lagi, tindakan kumpulan ini yang mempergunakan pula nama Melayu bagi mewajarkan tindakan dan provokasi mereka yang hanyir dengan perkauman hanya akan memalu dan menjatuhkan maruah orang Melayu sendiri di kacamata kaum lain.
Nizam dalam komentarnya sempat menurunkan pesan Nabi Muhammad s.a.w kepada panglima perangnya yang antara lain menyatakan bahawa jangan menceroboh, menyerang, merosak, memusnah dan memperlakukan secara tidak hormat kepada orang tua, wanita, kanak-kanak; orang sakit, terlantar dan lemah; ternakan dan haiwan; tanaman dan tumbuhan, serta; tempat-tempat ibadat.
Tegas Nizam, dalam perang sekalipun, Islam menuntut supaya rumah ibadat penganut agama lain tidak diganggu, apalagi dalam suasana aman seperti di Malaysia.
Bahkan jelas Nizam, perbuatan yang dilakukan oleh penduduk Seksyen 23 Shah Alam itu ternyata dilarang dalam Islam, sesuai dengan firman Allah dalam al-Quran, ayat 108, surah Al-An’am yang maksudnya, “Janganlah kamu mencela atau memaki hamun sembahan mereka selain Allah, nanti mereka juga akan memaki hamun Tuhan kamu kerana marah tanpa sebarang ilmu pengetahuan.”
Nizam mempersoalkan, siapakah sebenarnya kumpulan demonstran ini, pejuang Islam atau pendekar Melayu? Mereka menjerit atas nama Islam, kemudiannya meraung pula atas nama Melayu. Mana satu topeng yang mereka pakai? Tingkah Nizam.
Bagi Nizam, kumpulan manusia seperti ini hanya menganggap Islam seperti “camouflage” dan kaum adalah lalang tempat bersembunyi dari wajah sebenar. Tanpa sedar, mereka menjadi bidak-bidak catur yang disusun-atur oleh tangan-tangan yang sentiasa gila kuasa dan takhta.

No comments
Post a Comment