Solat hajat di taman kami gagal hanya kerana ia dianjurkan oleh UMNO.
Di Taman saya ada sebuah masjid. Sebelum pilihanraya Umum ke-12, masjid ini dianggotai oleh semua veteran-veteran taman yang rata-rata dari mereka dari golongan kakitangan awam seperti guru kerana sejarah taman saya ini dahulu merupakan taman yang diduduki oleh guru-guru pada awal pembukaannya pada tahun 1960-an.
Dikalangan anggota jawatankuasa masjid juga terdiri daripada di kalangan mereka. walaubagaimanapun selepas Pilihanraya ke-12, segala-galanya berubah. Kerajaan negeri mengarahkan satu pilihan umum secara undian diadakan untuk menentukan ahli jawatankuasa baru untuk masjid taman kami.
Saya menghadiri malam pengundian tersebut dimana ia telah diadili oleh dua kakitangan daripada JAIS. Semua pemilihan berjalan lancar dan kami berpuas hati dengan undian yang dijalankan. Rata-rata ahli jawatankuasa kekal seperti dahulu.
Namun tidak lama selepas itu, kami terkejut mendapati sesetengah nama yang telah dipilih oleh kariah tidak mendapat untuk menjadi jawatan kuasa masjid. Mereka yang digugurkan telah diganti oleh sebilangan individu lain yang tidak pernah tercalon pun dalam pemilihan yang pernah dijalankan dahulu.
Nak buat macamana, kami terpaksa akur dengan keputusan JAIS yang berada dibawah pengaruh Dr.Hasan Ali, EXCO hal ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Selangor. Paling menarik perhatian adalah perlantikan jawatan Nazir Masjid. Semasa pemilihan yang dijalankan dahulu, hanya dua orang sahaja yang terpilih untuk menjadi Nazir iaitu antara Cikgu Y dan Tn. Hj. A (bukan nama sebenar). Namun akhirnya apabila diketahui keputusan sebenar Nazir, orang yang dipilih oleh Kerajaan Negeri ialah Uztaz S.
Semua orang di taman ini tahu Uztaz S merupakan orang kuat PAS.
Tidak mengapalah. Itu merupakan kuasa Kerajaan negeri. Mereka berhak menentukan siapa yang wajar dipilih. Tapi apa yang lucunya jika sudah tahu nak pilih orang sendiri, mengapa diadakan pemilihan umum secara undian pada mulanya? Konon nak tunjuk demokrasi agaknya. Lepas calon fav kalah, “Lantak pi lah dengan demokrasi? Aku ada kuasa untuk pilih.”
Tidak mengapalah. Kedua-dua calon Cikgu Y dan Tn. Hj. A ini tadi tidak kisah pun dengan keputusan Kerajaan Negeri tersebut. Apalah yang dikejar sangat jawatan itu. Yang penting kesejahteraan masjid taman dan kebajikan kariah yang tinggal di sekitar tidak diabaikan. Mereka tetap pergi ke masjid seperti biasa, walaupun sudah tidak berjawatan.
Namun peristiwa malam kelmarin menyebabkan saya sedikit kecewa dan mahu berkongsi dengan pembaca setia blog saya ini. Sebelum itu biar saya terangkan apa yang sering dilakukan oleh masjid taman saya ini. Pada setiap tahun, masjid kami mengadakan Solat hajat untuk para pelajar yang akan menduduki perperiksaan besar pada setiap tahun. Program solat hajat ini sering dilakukan pada Bulan Ramadhan. Setelah sekian lamanya, program ini telah diusahakan oleh Biro Pendidikan UMNO taman kami.
Pada malam 3 hari yang lepas, surat pekeliling telah diedarkan kepada jemaah untuk memberitahu solat hajat akan diadakan selepas solat terawih berakhir sebagai pemberitahuan kepada jemaah supaya tidak meninggalkan masjid selepas habis solat terawih.
Pada malam kelmarin, setelah selesai solat terawih, semua jemaah terpinga-pinga kerana tiada solat hajat seperti yang dijadualkan. Penat mereka semua tunggu untuk bersama-sama menunaikan solat hajat berkenaan. Ada ibu bapa yang mahu mendoakan anak-anak mereka, ada juga kanak-kanak dan remaja mengharap untuk mendapat keberkatan daripada solat ini demi kejayaan mereka. Malangnya hingga tutup lampu masjid pun masih tiada tanda-tanda solat hajat akan diadakan.
Rupa-rupanya ia gagal dilaksanakan oleh kerana ia telah dilarang oleh Tuan Nazir Uztaz S ini tadi.
Berlaku pertelingkahan mulut antara Jawatankuasa Biro Pendidikan UMNO Cikgu N dan tuan Nazir.
“Saya dah cakap, kalau ada program luar, kena dapat kebenaran masjid dahulu!” kata Nazir.
Cikgu N jawab, ” Uztaz, dah lama program ni ada, sejak dahulu lagi, takkan lah nak buat solat hajat untuk budak-budak kita pun nak mintak kebenaran masjid..?”
“Apa ada UMNO-UMNO ni? Cikgu jugak yang cakap kat saya dulu jangan bawak politik dalam Masjid, sekarang saya buat macam apa yang cikgu cakap lah?”
Solat hajat gagal hanya kerana ia dianjurkan oleh sebuah parti bernama UMNO. Pelik, niat solat hajat ada sebut nama UMNO ke? Bukannya lepas solat ada ceramah politik. Daripada dulu pun tidak pernah ada. lepas solat, balik lah. Kenapa sampai begitu sekali masyarakat sekarang membeza-bezakan antara politik dan hal-hal agama? Bila ada program macam itu, perlukah disebut ini program UMNO, ini program PAS? tidak bolehkah solat sahaja dan terus balik ke rumah masing-masing? apa yang susah sangat?
Tuan Nazir yang dilantik pun bukan atas suara majoriti kariah, tapi atas kuasa politik. Bukan kah itu merupakan salah satu bentuk rasuah dan penyalahgunaan kuasa? Nanti orang cakap, tak nak terima. Kami generasi muda dah jelik dan letih melayan karenah politik ni. Tak payah lah bawak politik ke dalam masjid. Bila kita dalam masjid, sepatutnya kita jadi bersih, takda istilah UMNO atau PAS. PKR bukan, PKR hanya disabitkan dalam kuil dan gereja.
Macam budak kecik. Budak kecik pun tak semacam ni. Tidak mengapalah, kalau tuan Nazir rasa tuan Nazir betul, buatlah. Yalah, Nik Aziz cakap UMNO tak masuk syurga pun dia kata dia betul. Memang apa yang kamu cakap semua betul lah! Takda yang salah! Sukahatilah.. Kan sekarang kerajaan kamu.. Tak mengapa.. Tunggu ja masa kamu nanti.. Tunggu..
Tungguuu…..!
sumber

No comments
Post a Comment