Tiket Bas Habis Dijual Dua Bulan Sebelum Raya
SHAH ALAM, 14 September - Menjelang sahaja musim perayaan, pastinya stesen bas menjadi perhatian dan tumpuan orang ramai. Namun di seksyen 17 Shah Alam seminggu sebelum hari raya, keadaan sedikit lengang.
Orang awam yang memilih pengangkutan awam untuk pulang ke kampung halaman masing-masing sempena Hari raya Aidilfitri tahun ini pastinya sudah awal-awal menyerbu kaunter penjualan tiket bas dan kini mereka hanya membilang hari untuk pulang ke kampong
Tinjauan TvSelangor di Stesen Bas Seksyen 17 Shah Alam mendapati hanya segelintir yang pulang awal dan rata-rata penjual di kaunter tiket bas mengatakan tiket sudah habis dijual dua bulan sebelum hari raya.
“Tiket raya buat masa semua untuk bas ekspres dah habis, tinggal tambahan ada lagi sikit la…utara, Butterworth, Kuala Kangsar, Kangar, Perlis, Johor, Taiping..semua dah habis..kitorang start buka jualan bulan tujuh, pertengahan bulan tujuh,” kata Norasmawati Mohd Noor.
Bagaimanapun, disebalik masing-masing berebut membeli tiket, ada juga segelintir pembeli yang memulangkan tiket ekoran cuti masih tidak tetap.
“Tiket raya tahun ni memang banyak habis la…dua bulan sebelum puasa haritu diorang dah ambik, jadi seminggu nak raya ni kuranglah orang nak beli tiket, masih ada kekurangan, dan yang pulang balik tiket pun ada, tak jadi balik, budak2 uitm, cuti tak confirm….kesianlah dengan diorang, student nak balik raya, kampong jauh-jauh,” kata Mohd Rosdi Saad.
Disamping itu, menurut penjual tiket Zerith Elyana Ahmad, penjualan tiket ke kawasan pantai timur merupakan destinasi paling awal habis dijual, begitu juga dengan tiket bagi bas tambahan turut habis ditempah.
“Dah banyak habisla, semua utara selatan pun tinggal sikit, yang banyak beli untuk balik kampong 18 hb, hari jumaat, student ramai…dah sebulan start jual dan setiap hari ada orang beli, pantai timur dah habis skarang, takde jual lagi bas tambahan kita dah buka tiga biji pun dah habis,” katanya.
Menurutnya, tambang tiket bas bagi tahun ini masih sama namun terdapat beberapa ulat tiket yang menjual tiket di luar kaunter dan katanya, adalah lebih selamat jika membeli tiket di kaunter berbanding ulat tiket.
“Tambang bas masih biasa je, tak naik, takde naik…ada jugak ulat tiket, sarankan beli dalam kaunter lebih selamat, kalau beli kat luar, nasiblah…pandai-pandai la diorang,” katanya.
Bagi yang bijak, pastinya tidak akan membeli tiket dengan ulat tiket kerana bimbang akan tertipu dan bagi Mohd Muzammil Johari yang ingin pulang ke Melaka, baginya langkah terbaik adalah membeli di kaunter.
“Beli kat kaunter, sebab better beli kat kaunter, lebih secure daripada beli dengan orang tepi jalan,” katanya.
Lain pula bagi rata-rata penumpang, mereka mengatakan tiket bas bagi tahun ini terdapat kenaikan dan sepatutnya mereka diberitahu awal tentang kenaikan itu.
“Tambang terkejut la sebab naik secara mendadak, ada tambahan surcaj katanya, kenaikan tambang ni patutnya diberitahu secara meluas la sebab tambang naik, rm3 naik, sebelum ni rm14 sekarang dah rm17,” kata Mohd Muzammil Johari.
Bagitu juga bagi seorang penuntut dari Universiti Islam Antarabangsa UIA, Salbiah Suhimi, yang mahu pulang ke kampong halaman, mengatakan tambang tiket bas turut naik dan sudah membeli tiket seawal dua minggu.
“Balik perak, ipoh je…start dua minggu awal dah beli tiket, untuk tahun ni ok sebab banyak tiket lagi, tambang naiklah…tak selalu naik bas jugak, ni cuti awal, ambik tiketla, selalu dengan abang je,” katanya.
Tidak terlepas juga ada yang mempertaruhkan nasib dengan membeli pada akhir minit disebabkan kekurangan perbelanjaan.
“Nasib je, kalau ada ada jela, ni firstime ada kat sini, nak balik kampong naik bas, firstime beli tiket raya, nak beli awal-awal bajet lari, so sekarang baru ada,” kata NorIzatul Idayu.
Di samping itu, walaupun kampong halaman tidak sejauh seperti pantai timur ataupun utara, namun bagi Umi Atikah yang mahu pulang ke Seremban, tiket bas sudah dibeli awal-awal untuk mengelakkan kehabisan tiket.
“Balik dekat je, Seremban..Beli tiket awal, tapi takut jugak sebab takut penuh jugak, pernah jadi la penuh,” Umi Atikah.
Bagaimanapun, keadaan di stesen bas ini dijangka akan bertukar sesak pada khamis dan jumaat ini apabila ramai mula balik raya ke kampong masing-masing.
Pastikan perjalanan pulang ke kampung selamat, dan pemandu-pemandu bas digalakkan mengambil rehat yang cukup bagi memastikan penumpang berada dalam keadaan selamat.-ATIQAH YAACOB (TVSELANGOR)

No comments
Post a Comment