Undang2 Najib Lebih Berkuasa Dari Undang2 Malaysia
SPR putuskan tidak ada kekosongan di Kota Seputeh
KUALA LUMPUR, 1 Sept: Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) memutuskan tidak ada kekosongan di Dun Kota Seputeh, Kedah walaupun Speaker Dun Kedah memohon pilihan raya diadakan di kawasan itu.
Speaker Dun Kedah, menghantar surat kepada SPR memaklumkan kekosongan di kerusi itu berikutan kegagalan Adunnya menghadiri dua kali sidang Dun secara berturut-turut.
Mengikut peraturan dalam Dun Kedah, mana-mana Adun yang gagal menghadiri sidang Dun dua sessi berturut-turut tanpa kebenaran dari Speaker akan hilang kerusinya.
Dalam ulasan spontannya, Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, keputusan ini membayangkan sikap sebenar badan yang dikatakan bebas itu.
"Peraturan ini bukannya baru dan dibuat oleh kerajaan Pakatan Rakyat Kedah tetapi peraturan yang telah sedia ada. Nampaknya SPR lebih senang menafikan peraturan ini," kata Salahudin.
Bagaimanapun, Salahudin tidak terkejut dengan keputusan ini kerana Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin telah membayangkan tindakan yang perlu diambil oleh SPR sebelum ini.

No comments
Post a Comment